in ,

Celcom Tawar Hadiah Lumayan Kepada Pelanggan The Cube

[dropcap]J[/dropcap]auh di sudut hati Budiey, memang teringin sangat untuk ke Mekah. Setiap masa, bila tengok kawan-kawan pergi ke sana, setiap kali itu juga Budiey tanam azam untuk ke sana suatu hari nanti. Tak kiralah, samada nak menjalankan ibadah Haji atau menunaikan ibadah Umrah, tapi yang pastinya, Budiey belum pernah menjejakkan kaki di Tanah Suci itu.

[pullquote align=”right”]Maka, bertuahlah kepada anda yang pernah sampai ke sana. Walaupun Budiey dah sampai di beberapa negara Eropah, tapi rasa tak lengkap rasanya jika tak ke sana.[/pullquote]

Baru-baru ini, Budiey dan Fizo Omar telah hadir di Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang The Cube di mana seorang pelanggan setia Celcom telah dihadiahkan dengan Pakej Umrah dan Ziarah untuk dua orang kesemuanya bernilai RM30,000.

Wow! Tahniah kepada pemenang bertuah yang bernama Noraziah binti Md Noh dari Johor Bahru yang dipilih menjadi pemenang minggu pertama. Tahniah! Anda sangat beruntung! Pakej ini termasuklah pakej perjalanan pergi dan balik untuk dua orang termasuklah penerbangan, hotel penginapan dan juga insuran pelancongan.

Celcom

Budiey dikhabarkan, pemenang minggu pertama ini yang berasal dari Johor Bahru ini telah bermurah hati mahu memberikan pakej Umrah ini kepada kedua ibu bapanya sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka. Wah, sangat sweet dan murni hati beliau sebagai anak. Kalau Budiey pun, rasanya Budiey akan buat macam tu. Ye lah, sekurang-kurangnya, kita memberi peluang kepada ibu bapa kita yang belum lagi menunaikan umrah di Tanah Suci. Itulah hadiah yang sangat bermakna bagi mereka, kan?

Budiey sempat borak-borak juga pemenang ini dan dia tak henti-henti bersyukur dan berterima kasih kepada CELCOM Axiata Bhd (Celcom) yang menghargai pelanggannya sempena Ramadan yang lalu. Jika tiada Kempen Eksklusif Digital menerusi kandungan digital Cube ni, memang dia takde nak merasai hadiah pakej Umrah ni. Haa, siapa nak kasi kan? Dapat pergi berdua lagi.

Untuk info pembaca sekalian, Kempen Eksklusif Digital ini telah bermula sejak 8 Julai hingga 25 Ogos menawarkan kandungan digital ketika Ramadan antaranya waktu solat, waktu berbuka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), perkhidmatan m-fitrah, bacaan al-Quran dan nada dering raya juga macam-macam lagi aktiviti menarik di Kolony iaitu perkhidmatan social network SMS yang paling popular di Malaysia.

Budiey kira, pakej Ramadan Cuba dan Raya Digital ini sangat unik dan lain dari yang lain. Bukan sahaja pada hadiahnya yang lumayan dan sesuai dengan jiwa pelanggan yang menyertainya, malah kempen ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggannya untuk menghulurkan derma dan bantuan kepada yang memerlukan.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Digital, Afizulazha Abdullah berkata, Celcom berharap pelanggan mengambil peluang menyertai kempen ini sekali gus merebut peluang untuk memenangi hadiah pakej umrah dan ziarah.

Celcom

“Bagi memenangi pakej bernilai RM180,000 itu, pelanggan Celcom hanya perlu langgan mana-mana kandungan digital berbayar atau percuma di Cube sepanjang Ramadan.”

Menurutnya lagi, dengan jumlah pelanggan Celcom sedia ada yang mencecah 13 juta di seluruh negara, syarikatnya menerima purata 250,000 pelanggan yang datang melanggan menerusi kandungan digital Cube setiap hari.

Selain itu, Celcom perkenal kempen kandungan raya 29 Julai ini dengan menawarkan hadiah lumayan di mana pelanggan yang melanggan mana-mana isi kandungan di The Cube akan berpeluang untuk memenangi hadiah mengubah suai rumah sempena hari raya bernilai RM100,000.

Untuk hadiah pengubahsuaian hari raya ini, Celcom telah menyediakan 8 hadiah mingguan yang eksklusif iaitu voucher Zalora yang berjumlah RM40,000 di mana mereka boleh menukarkannya dengan busana indah rekaan kreatif dari Rizalman Collection.

Sebagai menghargai kesetiaan pelanggan, Celcom juga bermurah hati menawarkan hadiah utama iaitu hadiah mengubahsuai rumah yang direka khas oleh Rizalman Ibrahim yang bernilai RM60,000.

Jadi, kepada anda yang kini menjadi pelanggan Celcom apa kata, langganilah mana-mana isi kandungan di The Cube untuk merebut hadiah lumayan ini. Budiey pun rasa teruja juga sebab Budiey dah langgan beberapa isi kandungan di The Cube.

Untuk melanggan isi kandungan The Cube ni, senang je, anda hanya perlu melayari www.thecube.my atau m.thecube.my di telefon bimbit anda dan anda juga boleh dail *888#. Untung-untung dapat! Good luck kepada anda sekalian.

Untuk info lanjut, sila layari : bit.ly/RamadanTC 

Celcom

Celcom

Celcom

Celcom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Inspires Children Through GALAXY Camera

The Game Return With A New Serial Killer