in

Kerjasama Celcom & Malaysia Airlines Tambah Baik Gaya Hidup Digital

CELCOM DAN MALAYSIA AIRLINES JALIN KERJASAMA BAGI MENAMBAHBAIK GAYA HIDUP DIGITAL PELANGGAN

Celcom Axiata Berhad dan Malaysia Airlines Berhad menandatangani memorandum persefahaman (MoU) hari ini, bagi sebuah kerjasama strategik. Kerjasama jangka panjang tersebut bakal memberikan manfaat yang signifikan dalam pelbagai bentuk bagi kedua-dua syarikat, termasuklah ganjaran Enrich, tawaran khas dan pelbagai lagi faedah dalam masa akan datang.

Kerjasama Celcom & Malaysia Airlines Tambah Baik Gaya Hidup Digital

Faedah termasuk:

• Cara yang lebih mudah untuk mengumpul dan menebus mata Enrich.
• Diskaun tiket penerbangan untuk pelanggan Celcom.
• Pelan perayauan antarabangsa yang menarik.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Michael Kuehner, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad dan Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Airlines Berhad di Menara Celcom hari ini.

Michael Kuehner berkata kerjasama Celcom dengan Malaysia Airlines memperlihatkan keazaman dan komitmen syarikat itu dalam menambahbaik perkhidmatan dan pengalaman digital, serta memberi faedah kepada pelanggan dan kakitangan Malaysian Airlines.

“Kedua-dua pelanggan Celcom dan Enrich akan menikmati pengalaman yang hebat melalui tawaran perkhidmatan digital dan ganjaran yang inovatif, seterusnya memperkayakan gaya hidup kembara mereka,” kata beliau.

Mengulas berkenaan perjanjian tersebut, Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Airlines berkata kerjasama ini adalah kombinasi yang mantap di antara kedua buah syarikat.

“Ianya adalah sebahagian besar daripada matlamat kami dalam menghubungkan manusia, sama ada melalui perjalanan mereka, atau melalui telefon mudah alih. Kerjasama ini bakal membolehkan ahli Enrich menikmati ganjaran dengan lebih cepat melalui kaedah yang baru dan inovatif untuk mengumpul mata dan menebus ganjaran.”

Kerjasama Celcom & Malaysia Airlines Tambah Baik Gaya Hidup Digital

Kerjasama Celcom & Malaysia Airlines Tambah Baik Gaya Hidup Digital

Kerjasama Celcom & Malaysia Airlines Tambah Baik Gaya Hidup Digital

Kerjasama Celcom & Malaysia Airlines Tambah Baik Gaya Hidup Digital

Kerjasama Celcom & Malaysia Airlines Tambah Baik Gaya Hidup Digital

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama Siri DO[S]A

Travelog TERKESAN DI HATI Tampilkan Zaidi Omar Sebagai Hos