in , ,

Celcom Kekal Juarai Carta Syarikat Telekomunikasi Paling Banyak Terima Aduan Pelanggan

Sebenarnya, menerima banyak panggilan aduan dari pelanggan tidak semestinya perkhidmatan telco itu tidak bermutu. Itu bukan ukurannya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, Laporan Suku Tahun Ketiga pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah diumumkan.

Dalam laporan itu mendedahkan, dari bulan Januari 2021 hingga 30 Jun 2021, jumlah aduan rangkaian yang direkodkan oleh SKMM adalah sebanyak 120,835 aduan.

Telekomunikasi-Malaysia

Daripada jumlah itu, aduan yang paling banyak direkodkan adalah dalam bulan Jun iaitu sebanyak 44,693 aduan.

Secara keseluruhan, sepanjang bulan Jun lalu hampir semua syarikat telekomunikasi merekodkan peningkatan aduan rangkaian yang ketara.

Tetapi syarikat telekomunikasi yang paling banyak terima aduan dari para pelanggannya adalah Celcom Axiata Sdn. Bhd.

Pada bulan Jun lalu, aduan rangkaian Celcom yang dibuat oleh pelanggannya meningkat hampir 2 kali ganda di mana sebanyak 12,056 aduan telah direkodkan Celcom berbanding bulan Februari lalu iaitu sebanyak 6,350 aduan sahaja.

Ia diikuti Maxis (8,926 aduan), Digi (8,056 aduan), UMobile (5,410 aduan), TM (UNIFI Mobile, 1,083 aduan), TM (2,149 aduan) dan TIME (101 aduan).

Celcom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad | 23

Bagus Betul! Sharnaaz Ahmad Bantu 400 Keluarga Kibar Bendera Putih

Shuk Sahar 150X150 1 | 24

Shuk Akui Ekonomi Masih Belum Stabil Untuk Madukan Isteri, Kini Mahu Fokus Kerja