in ,

Bagus Betul! Sharnaaz Ahmad Bantu 400 Keluarga Kibar Bendera Putih

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai kempen bendera putih yang dilancarkan oleh netizen. Kempen tersebut turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi bantuan.

Terbaru, menerusi satu perkongsian Sharnaaz memaklumkan akan membantu 400 keluarga yang menaikkan bendera putih di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam entri tersebut Sharnaaz turut mencari sukarelawan untuk mengambil dan mengagihkan bantuan tersebut kepada keluarga memerlukan secara ikhlas.

Sharnaaz juga turut menunjukkan bukti duit sumbangan dan jumlah pembelian barangan tersebut. Antara barangan asas yang dibeli adalah susu tepung, lampin pakai buang, beras, gula dan biskut.

Hujung Jun lalu, Sharnaaz memulakan bantuan tersebut dengan 100 pek barangan sumbangan sebagai permulaan.

Sharnaaz juga turut meminta orang ramai supaya peka dengan keadaan sekeliling dan memaklumkan kepadanya sekiranya ternampak bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer & Poster Rasmi Filem Animasi Terbaru Berjudul ENCANTO

Celcom Kekal Juarai Carta Syarikat Telekomunikasi Paling Banyak Terima Aduan Pelanggan