in ,

Shuk Akui Ekonomi Masih Belum Stabil Untuk Madukan Isteri, Kini Mahu Fokus Kerja

Baru sahaja beberapa bulan berbaik, rumah tangga pelawak Shuk Sahar hangat diperkatakan kembali selepas isterinya, Rossalennah Natassyiah mendedahkan menerima ugutan dari wanita yang menggangu rumah tangga mereka sebelum ini iaitu Farah Salleh.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila isteri kepada Shuk Sahar telah memuat naik beberapa hantaran yang menimbulkan spekulasi mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Shuk Sahar telah memberi penjelasan ketika ditanya mengenai hantaran posting isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah di media sosial, yang memberi keizinan untuk dia berkahwin dua. 

“Saya masih belum lagi berada dalam satu keadaan yang stabil untuk berkahwin dua. Lambat lagi kot. Saya terus terang. Rasanya buat sementara ini, saya sendiri tak terfikir pun sebab lebih beri tumpuan kepada kerja. Nak cari kerja pun tak berapa ada sekarang, dalam pandemik begini,”

– Shuk Sahar
"Suami Pun Bukan Budak Lagi," Isteri Shuk Sahar Dedah Diugut Oleh Farah

“Lebih baik saya fokus kepada perniagaan saya dan juga apa yang saya buat, biar lebih stabil,”

– Shuk Sahar

Kata Shuk, dia juga tidak terfikir untuk berkahwin lagi kerana lebih memberi tumpuan kepada kerjaya seni dan perniagaan. Shuk yang menjawab pertanyaan itu dalam program Melodi yang disiarkan di TV3 itu berkata, dia faham konteks ayat yang ditulis oleh isterinya itu. 

“Dia sebenarnya begini, dalam konteks isteri saya sebenarnya dia bukan cakap kalau nak pergi kahwin lagi, pergilah. Maksud dia itu, saya faham. Dia cakap begitu sebab di masa akan datang, tak mahu berlaku lagi benda-benda yang tak elok ini,”

– Shuk Sahar

Terdahulu, Shuk sudah pun berbaik dan berjaya memujuk isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang semula. Shuk akui menyesal dengan kesalahan dilakukannya serta berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Kekal Juarai Carta Syarikat Telekomunikasi Paling Banyak Terima Aduan Pelanggan

Isu Hulur Bantuan, Datuk Seri Vida Dikecam, Anaknya Cik B Terima Pujian Netizen