in , ,

Celcom & Aerodyne Bekerjasama Terokai Pembangunan Teknologi Dron

Celcom Dan Aerodyne Bekerjasama Terokai Pembangunan Teknologi Dron Sebagai Penyelesaian Ir4.0 Sektor Perbandaran Dan Pertanian

Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan Aerodyne Group (Aerodyne), iaitu penyedia penyelesaian DT(Drone Tech, Data Tech and Digital Transformation) antarabangsa yang beribu pejabat di Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka pembangunan penyelesaian IR4.0 dengan fokus dalam sektor perbandaran dan pertanian. 

Bersandarkan kekuatan kedua-dua pihak dalam teknologi komunikasi, serta automasi, Kecerdasan Buatan (A.I.), Pembelajaran Mesin (Machine Learning), dan teknologi 5G, kerjasama tersebut akan membuka peluang bersama untuk membangunkan serta memasarkan penyelesaian yang inovatif.

Celcom & Aerodyne Bekerjasama Terokai Pembangunan Teknologi Dron

Aerodyne dan rakan penyelesaiannya bakal berpeluang menjadi untuk terlibat dalam inisiatif yang dijalankan oleh Pusat Kecemerlangan Digital Celcom (CODE), dengan fokus kepada penyelidikan dan pembangunan teknologi komunikasi dan berpotensi membangun kes kegunaan yang diperlukan dalam optimisasi operasi bagi industri yang dikenalpasti. 

Pembangunan penyelesaian inovatif yang dicadangkan bakal membuka laluan bagi Celcom dalam memperluas penawaran bagi penyelesaian perusahaan dalam ekosistemnya. Selain itu, penyelesaian dron yang sedia dimiliki oleh Aerodyne akan dikuasakan oleh Celcom, dan ini akan diperluaskan kepada pelbagai penyelesaian Aerodyne yang lain. 

Celcom & Aerodyne Bekerjasama Terokai Pembangunan Teknologi Dron
Idham Nawawi, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad (left) and Kamarul A Muhamed, Founder and Group Chief Executive Officer of Aerodyne Group (right), at the MoU signing today, held at Celcom’s headquarters, @celcom.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, dalam usaha Celcom untuk menjadi pemangkin adaptasi teknologi IR4.0, ia mengalu-alukan kolaborasi dengan pelbagai pihak, khususnya syarikat teknologi dan syarikat rintisan. Kolaborasi seumpama ini penting bagi mengukuhkan pembangunan golongan pakar yang mampan dalam ekosistem tempatan, dan membolehkan pelbagai industri di Malaysia mengadaptasi revolusi industri tersebut. 

“Kerjasama dengan syarikat seperti Aerodyne merupakan sebahagian daripada strategi Celcom dalam memberi sokongan digital yang lebih kukuh kepada usahawan rintis digital dan teknologi tempatan. Inisiatif ini juga adalah kesinambungan daripada sokongan yang diberikan oleh Axiata Digital Fund (ADIF), melalui pelaburannya ke atas Aerodyne sebelum ini. Kami berharap untuk membentuk lebih banyak kerjasama sebegini untuk menginspirasi usahawan dan syarikat rintis di Malaysia untuk adaptasi pantas bagi penyelesaian Internet Pelbagai Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (A.I.), dan pada masa yang sama menyumbang dalam pembangunan ekosistem digital yang inklusif,” menurut beliau. 

Celcom & Aerodyne Bekerjasama Terokai Pembangunan Teknologi Dron
 (L-R) Idham Nawawi, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad, Azlan Zainal Abidin, Chief Enterprise Business Officer of Celcom Axiata Berhad, Azita Azizan, Group
               Executive Director of Aerodyne Group and Kamarul A Muhamed, Founder and Group Chief Executive Officer of Aerodyne Group.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aerodyne Group, Kamarul A Muhamed berkata, “Kami amat teruja dengan kerjasama strategik yang dicadangkan ini, dan bersama Celcom sebagai penyedia keterhubungan pilihan kami, penerokaan dan pembangunan penyelesaian pintar menggunakan dron dan teknologi 5G akan dapat dijalankan. Ia akan membolehkan dron menghantar rakaman definisi tinggi dalam masa nyata. Latensi milisaat bagi 5G dan kelajuan data hingga 100 kali lebih pantas daripada 4G membolehkan dron menghantar rakaman dan data berkualiti tinggi kepada pengendali di darat.”

Dron kini telah diterima sebagai alat yang sesuai untuk aplikasi komersil dan kerajaan tempatan dalam sektor pertanian, fotografi udara, pemantauan, perlombongan, tenaga, pembinaan, keamanan dan keselamatan, serta industri logistik. Bagi mencapai potensi maksimum daripada aplikasi tersebut, keterhubungan yang lancar di antara juruterbang dron kepada dron amat diperlukan, dan ia boleh dicapai melalui 5G.  

Peluang dalam Bandar Pintar dan Pertanian 

Bandaraya di serata dunia kini bergantung kepada inovasi untuk kemampanan, penambahbaikan perkhidmatan bandar, dan penyediaan persekitaran yang selamat dan sihat bagi penduduknya. Inisiatif bandar pintar memerlukan kolaborasi antara agensi kerajaan, organisasi swasta seperti penyedia pengangkutan, tenaga, atau syarikat perkhidmatan.  PWC menjangkakan pembangunan bandar pintar yang terus berkembang di serata dunia dengan jumlah nilai pasaran bandar pintar yang diunjurkan melebihi US$2.5 trillion menjelang 2025.

Pandemik Covid-19 telah meletakkan tumouan kepada pelan segera dan jangka panjang bagi bekalan makanan di Malaysia. Pertanian pintar dapat memberi penyelesaian bagi isu bekalan makanan yang semakin meningkat, yang terkesan dengan pertumbuhan populasi, perbandaran, penggunaan teknologi moden, dan peningkatan tahap pendapatan dan permintaan kepada sumber makanan kaya protein, keperluan petani yang meningkat bagi pemantauan ternakan dan pengesanan penyakit, dan pengurangan kos dengan menggunakan penyelesaian pemantauan ternakan yang maju. Selain itu, penggunaan teknologi canggih yang berkembang seperti IoT dan AI di ladang akuakultur, pemantauan ternakan, dan ladang pertanian pintar untuk meningkatkan hasil pertanian mendorong pertumbuhan pasaran pertanian pintar. Menurut firma penyelidikan MarketsandMarket, pasaran pertanian pintar dianggarkan berkembang dari USD 13.8 bilion pada tahun 2020 menjadi USD 22.0 bilion pada tahun 2025, dengan CAGR 9.8%.

Mengenai Celcom Axiata Berhad

Celcom merupakan operator mudah alih swasta yang pertama di Malaysia, dengan hampir 13 juta pelanggan. Ditubuhkan pada tahun 1988, ia mempunyai liputan meluas bagi rangkaian 2G, 3G dan 4G LTE di negara ini, meliputi kira-kira 98% populasi. Celcom kini memacu ke arah penyelesaian integrasi pelbagai akses, perkhidmatan multimedia, dan Objek Rangkaian Internet (IoT). Budaya dalam mengutamakan pengalaman pelanggan diperlihatkan melalui penerimaan anugerah dalam perkhidmatan pelanggan, produk, dan juga pelbagai pengiktirafan di peringkat serantau. Celcom merupakan sebahagian daripada Kumpulan Axiata Berhad, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di dunia merentasi 10 pasaran Asia. Untuk maklumat lanjut mengenai Celcom, layari www.celcom.com.my

Mengenai Aerodyne (https://aerodyne.group)  

Aerodyne Group merupakan penyedia penyelesaian DT3 (Drone Tech, Data Tech and Digital Transformation) melalui penyelesaian dron bagi perusahaan, dan pelopor penggunaan AI sebagai teknologi yang menjana operasi data berskala besar, analitik dan optimisasi proses. Aerodyne memiliki lebih 400 orang kakitangan yang merupakan pengendali dron profesional, beroperasi pada tahap melebihi jangkaan dalam sektor perkhidmatan UAS (Unmanned Aircraft System), serta menguruskan 300,000 aset infrastruktur dengan 110,000 operasi penerbangan, dan memantau lebih dari 100,000 km infrastruktur kuasa di 25 negara di seluruh dunia. 

Aerodyne diiktiraf di tempat ketiga di dunia oleh Drone Industry Insights (DII) dalam laporan ‘2019 Top 10 Drone Service Providers’; dinamakan sebagai ‘Asia Pacific UAV Services Company of 2019’ oleh Frost & Sullivan; dan menerima anugerah ‘Industry Excellence Gold Award 2019’ daripada Institute of Engineering and Technology (IET) Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zulin Aziz Nafi Buat Pembedahan Untuk Nampak Kurus

Menangi Apple Watch & iPhone 11 dengan Mengundi di JOOX Malaysia Top Music Awards