in , ,

Zulin Aziz Nafi Buat Pembedahan Untuk Nampak Kurus

SELEPAS 11 tahun berusaha menurunkan berat badan pelakon dan pengacara Zulin Aziz tidak menyangka impiannya memiliki penampilan lebih langsing kini tercapai.

Tambahnya, jika sebelum ini usahanya gagal kerana terdapat kekangan dari pelbagai sudut, namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu seperti memberi laluan mudah untuk menurunkan berat badan.

Walaubagaimanapun penurunan berat badannya hampir 30 kilogram itu dipandang sinis sesetengah pihak. Malah ada yang mengatakan Zulin melakukan pembedahan bariatrik kerana penurunan mendadak itu berlaku dalam tempoh agak singkat.

“Selama 11 tahun saya menanam impian memiliki berat badan terkini, namun saya tidak sangka ada pihak yang menabur fitnah kononnya saya melakukan pembedahan untuk mendapatkan penampilan ini.

zulin aziz

“Jujurnya tiada siapa yang tahu betapa seksanya saya mahu menurunkan berat badan. Sepanjang beberapa bulan lepas bukan sahaja secara fizikal tetapi mental juga turut melalui sesi latihan yang berat untuk mencapai berat badan ini,” katanya.

Tidak menafikan ada pihak yang menawarkan supaya dia melakukan pembedahan bariatrik secara percuma, namun kata Zulin, sebab utama dia tidak berbuat demikian kerana beratnya tidak berada dalam kategori obes.

“Memang ada yang meminta saya melakukan sahaja pembedahan tersebut, mungkin kerana melihat usaha saya untuk menurunkan berat badan agak payah. Malah saya ada melakukan pemeriksaan badan sebelum ini namun proses ini tidak boleh dijalankan ke atas saya memandangkan indeks jisim tubuh (BMI) tidak menepati piawaian.

“Walaupun proses menurunkan berat badan kali ini lebih sukar, tetapi hasil yang saya miliki sekarang, sebenarnya sangat memuaskan. Saya bukan sahaja lebih berdisiplin tetapi lebih faham dengan kehendak tubuh sendiri,” katanya.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, berkata, sepanjang proses menurunkan berat badan dia dibantu tiga pakar dalam bidang berbeza. Malah turut mengambil produk pengganti makanan.

“Sepanjang PKP memang fokus saya untuk turunkan berat badan tidak terganggu. Jadi proses itu menjadi lebih mudah. Kegagalan sebelum ini banyak membantu saya menurunkan berat badan kali ini.

“Malah dengan bantuan tiga pakar bidang senaman, pemakanan dan motivasi ia turut memberi impak berbeza. Jadi bila ada yang mengatakan proses penurunan berat badan saya ini senang dan mudah, saya memang agak sakit hati sebab mereka tidak tahu apa yang saya lalui,” jelasnya.

Tiada lagi nasi

Tentunya untuk memiliki berat 57 kilogram kini dia perlu melakukan pengorbanan yang besar. Malah antara yang cukup berat untuk dirinya kini adalah untuk tidak lagi menjamah nasi.

“Memang nasi bukan masalah utama kegemukan, namun yang menjadi masalah ialah saya tidak mampu membahagikan kuantiti nasi yang sesuai. Jadi, sekarang saya memang langsung tidak sentuh nasi.

“Untuk lauk saya memang makan macam biasa, tetapi apa juga makanan yang diambil kena kawal,” ujarnya.

Produk pengganti makanan turut membantu proses penurunan berat badannya. Dia kini mahu membantu mereka yang mempunyai masalah yang sama dengan pengambilan produk secara konsisten.

“Sebenarnya produk ini akan dilancarkan pada PKP lalu, tetapi kami mengambil keputusan melancarkannya bulan ini. Kena faham senaman hanya menyumbang 20 peratus kepada penurunan berat badan. Apa yang penting kefahaman kita untuk mendisiplinkan diri dalam pengambilan makanan bagi tubuh,” jelasnya. – UTUSAN

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

88rising & Globe Telecom Launch New Label, PARADISE RISING

Celcom & Aerodyne Bekerjasama Terokai Pembangunan Teknologi Dron