in , ,

Menangi Apple Watch & iPhone 11 dengan Mengundi di JOOX Malaysia Top Music Awards

JOOX memberikan kuasa mengundi kepada para pencinta muzik Malaysia untuk memilih muzik terhangat tahun ini di “JOOX Malaysia Top Music Awards” (Pertengahan Tahun 2020) yang pertama, dengan hadiah menarik “Apple Watch” dan iPhone 11 menanti peminat yang mengundi.

Pencinta muzik tanah air dapat menunjukkan sokongan padu kepada lagu & artis kegemaran mereka dan juga berpeluang memenangi hadiah menarik lanjutan dari kempen High5JOOX sempena ulang tahun ke-5 JOOX di Malaysia.

JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, memberikan peminat muzik di Malaysia kekuatan untuk mengundi dan menobatkan  muzik & artis kegemaran mereka untuk memenangi anugerah berprestij “JOOX Malaysia Top Music Awards” (Pertengahan Tahun 2020)!

Bukan itu sahaja, peminat muzik tanah air juga boleh berkongsi kemenangan dengan idolaidola mereka dengan menjad peminat fanatik, dan berpeluang membawa pulang iPhone 11!

JOOX Malaysia Top Muzik Award Poster BM

Acara baharu dan menarik ini yang julung kalinya diperkenalkan oleh JOOX adalah sebahagian daripada kempen High5JOOX, untuk meraikan perjalanan JOOX selama lima tahun memberikan muzik dan hiburan terbaik kepada pencinta muzik Malaysia. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengundi idola kesayangan anda agar memenangi anugerah berprestij ini!

Bermula hari ini sehingga 6 petang 30 Julai, peminat muzik Malaysia dapat mengundi artis dan lagu pilihan mereka untuk  memenangi Anugerah Paling Popular: Artis Antarabangsa, Muzik Antarabangsa, Artis Tempatan, Muzik Tempatan, dan K-Pop yang akan dianugerahkan kepada artis yang menerima undian tertinggi dari peminat mereka di setiap kategori. 

Pengguna percuma JOOX mendapat 5 undi setiap hari sementara mereka yang mempunyai akaun VIP mendapat 20 undi,  yang boleh dibahagikan untuk semua kategori undian. Jadi jangan tunggu lagi dan mulailah mengundi sekarang, kerana idola kesayangan anda menunggu untuk mendapatkan sokongan setiap hari!

1. Calon-calon setiap kategori dikira berdasarkan data JOOX antara 1/1/2020 – 30/6/2020.

Siapakah idola yang menjadi pilihan anda? Anda tentukan sendiri! Berikut adalah calon calon berdasarkan kategori masing masing: (mengikut susunan abjad):

Top 10 Anugerah Artis TempatanTop 10 Anugerah Artis AntarabangsaTop 10 Anugerah Muzik TempatanTop 10 Anugerah Muzik AntarabangsaTop 10 Anugerah Muzik K-Pop
AcheyAlan WalkerBiar – YonnyBoiiEnd of Time – K-391Any song – Zico
Dato’ Sri Siti NurhalizaAli GatieCanggung – Wany HasritaIntentions – Justin BieberBlack Swan – BTS
Floor 88AndmeshCintaiku – AlyahLose You To Love Me – Selena GomezDUN DUN – EVERGLOW
Hafiz SuipAriana GrandeJanji – Sufian SuhaimiNo Time To Die – Billie EilishEight (Prod.&Feat. SUGA of BTS) – IU
Naim DanielBillie EilishPeluang Kedua – Nabila RazaliPhysical – Dua LipaFANCY – TWICE
Sufian SuhaimiEd SheeranSeadanya Aku – Ippo HafizSour Candy – Lady GagaFeel Special – TWICE
UkaysJustin BieberSemalam – Aina AbdulStuck with U – Ariana GrandeFilter – BTS
Wany HasritaLauvSembah – Naim DanielTo Die For – Sam SmithHow You Like That – BLACKPIN
YonnyBoiiMaroon 5Shimmy – Andi BernadeeWho – LauvON – BTS
ZynakalShawn MendesYang Benar – Floor 88Yummy – Justin BieberWANNABE – ITZY

Jadilah peminat paling fanatik idola anda dan bawa pulang iPhone11!

Undilah sebanyak mungkin setiap hari, dan anda mungkin antara penerima Anugerah Peminat Fanatik  dari setiap lima kategori, dimana anda akan menerima jam tangan jenama Apple. Dan siapatahu? Anda mungkin menjadi pengundi dengan undian terbanyak di semua kategori – dan memenangi iPhone 11!

Angie Tan, Ketua JOOX Malaysia berkata, “JOOX telah memberikan pengalaman  penstriman muzik dan hiburan yang tiada tandingannya kepada pencinta muzik di Malaysia selama lima tahun, dengan memberikan peminat muzik tanah air   penstriman langsung eksklusif, konsert dan JOOX ORIGINALS yang menampilkan kerjasama dengan ramai artis tempatan.

Pada tahun ini, kami telah menayangkan lebih daripada 400 pertunjukan untuk peminat Malaysia, 30 daripadanya adalah pertunjukan global atau serantau seperti ‘One World: Together at Home’, ‘JOOX World Music Day’, dan persembahan eksklusif lainnya seperti program K-pop yang dihasilkan oleh JOOX sendiri, K-Pop ‘IDOL STATION’, siaran langsung ‘Stay Home, Stay Tuned’; dan juga konsert dan persembahan secara langsung yang menampilkan artis-artis serantau dan tempatan seperti Aaron Kwok, Mayday, Aziz Harun, Daiyan Trisha, Hazama, dan ramai lagi. “

 “Sama seperti bagaimana JOOX telah menghubungkan peminat tanah air dengan muzik kegemaran mereka pada bila bila masa dan di mana sahaja mereka berada melalui platform kami, JOOX terus maju ke hadapan dengan memperkenalkan “JOOX Malaysia Top Music Awards” untuk pertama kalinya, di mana peminat dapat terlibat secara langsung untuk menunjukkan sokongan dan cinta mereka kepada artis tempatan dan antarabangsa yang mereka sayangi dengan mengundi mereka untuk mendapatkan pengiktirafan yang layak dan wajar di industri muzik.

Bagi mengekalkan kedudukan JOOX di kalangan peminat muzik tempatan, satu siri konsert eksklusif JOOX dalam talian yang akan menampilkan artis terhangat dan popular seperti Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Floor88 dan banyak lagi akan disiarkan tidak lama lagi sebagai sebahagian daripada kempen High5JOOX.  Nantikan! ” kata Angie.

2. 3 penerima Anugerah Top Ally akan dikira berdasarkan statistik pengundian selepas 30 Julai. Pemenang akan dihubungi oleh JOOX.

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX.

Mengenai JOOX

JOOX adalah aplikasi muzik percuma yang diperbuat khas untuk pencinta muzik. Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu persendirian. Pengguna dapat menemui muzik baharu yang hebat dengan lagu dan stesen radio yang disyorkan yang sesuai dengan citarasa dan suasana hati anda. JOOX kini boleh didapati di iOS, Android dan Desktop (Windows / Mac), yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman muzik percuma yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana jua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom & Aerodyne Bekerjasama Terokai Pembangunan Teknologi Dron

Sinopsis Filem SUPERBIKE THE MOVIE Lakonan Kamal Adli