in

Cara Mudah Untuk Dapatkan KAX Edisi Terhad

Jika korang semua pernah terbaca entri ENTRI ini, dah tentu ada yang tertanya-tanya, kat mana nak dapat kesemua lapan ekor KAX comel yang Budiey maksudkan tu. Okay, pengumuman untuk semua pembaca, KAX sudah dilancarkan baru-baru ini sempena demam bolasepak Piala Dunia yang akan melanda seluruh dunia tak lama lagi. Berita baik juga, anda semua boleh mendapatkannya secara eksklusif mulai 15 Mei 2014! Ya, maksud Budiey, KAX edisi khas dalam dua warna biru dan ungu ini hanya eksklusif untuk pengguna Xpax sahaja. Promosi ini berlangsung sehingga 31 Ogos 2014.

kax-1

[pullquote]Dah tiba masanya untuk mengumpulkan kesemua anak patung KAX yang comel-comel yang lengkap dengan jersey ini untuk dijadikan koleksi kerana ia hanya dikeluarkan secara edisi terhad.[/pullquote]

Baru-baru ini, Budiey tengok beberapa orang selebriti popular ada bergambar dengan teman masing-masing. Wah, belum apa-apa lagi, diorang dah ada teman istimewa. Antara selebriti yang Budiey lihat telah upload gambar di Instagram ialah Kamal Adli, Nelydia Senrose, Liyana Jasmay, Dafi, Elizabeth Tan, Najwa Latiff, Yana Samsudin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Seperti yang Budiey ceritakan di entri sebelum ini, lapan KAX ini ada karakter dan personaliti yang berbeza dan anda boleh pilih KAX yang sesuai dengan citarasa dan karakter pilihan masing-masing untuk dijadikan teman menghilangkan kesunyian ke mana sahaja anda berada. Lapan Kax diberi nama:

kax

Semasa pelancaran yang berlangsung pada 14 Mei 2014 lalu, Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, menerusi promosi KAX, Celcom yakin dapat menarik lebih ramai pelanggan baharu kerana mereka hanya perlu mengaktifkan pek permulaan Xpax dan tambah nilai sebanyak RM30 sahaja untuk mendapatkan dua patung KAX edisi terhad tersebut.

Katanya, pelanggan Celcom Frenz, Celcom Traveller SIM, Celcom PortaWifi Plans dan Celcom Broadband juga turut berpeluang memiliki patung KAX ini dengan cara yang ditetapkan.

“Rakyat Malaysia memang sangat obses dengan bola sepak dan sempena dengan kedatangan perlawanan Piala Dunia 2014, Celcom memperkenalkan KAX yang sangat comel untuk pelanggan Celcom. Kami akan mengeluarkan banyak patung KAX yang dinamakan Romeo, Foxy, Harley, Peachy, Jasper, Mia, Joey dan Dolly dalam promosi ini dan berharap setiap rakyat Malaysia dapat memilikinya sekali gus meningkatkan pengguna baharu Xpax. Malaysia adalah negara yang mempunyai ramai peminat fanatik bola sepak dan kami yakin promosi ini sangat bertepatan dengan acara sukan itu.”

Melihat pada keadaan fizikal kesemua KAX yang kiut miut ni, rasa geram nak peluk pun ada. Memang serasi betul jadi teman. Semasa memegang KAX kali pertama, terlintas KAX ni sangat sesuai untuk mewakili famili. Ye lah, 8 KAX kesemuanya. Memang meriahlah kan? Sepasang suami isteri dan ada anak enam! Fuh, lengkap. Tapi buat masa sekarang, Budiey nak pilih seorang teman di kalangan lapan KAX ni. Ikut hati, memang Budiey nak kesemua sekali. Tapi nanti dikatakan tamak pulak, kan? Sekarang ini, Budiey pun rasa keliru dan nak tak nak kenalah pilih yang mana satu yang sesuai dengan Budiey.

Jom kita berkenalan dulu dengan kesemua lapan KAX yang kiut miut ni:

1. Jasper Kax yang cool

Mungkin anda tidak akan dapat menangkap Jasper yang cukup santai ini! Dia salah seorang teman yang sangat cool dan Jasper ni sejenis yang tahu bagaimana untuk membuatkan anda lebih bertenang dan rileks. Tetapi anda jangan silap ya, setenang Jasper ni, tidak bermakna dia tidak dapat menempuh situasi yang mencabar dan sukar!

2. Romeo Kax yang kasanova

Nama pun Romeo, sah-sah korang dah tahu karakter sebenar Mat Romeo ni, kan! Romeo memancarkan daya tarikan dan keyakinan diri yang baik, menghargai setiap peluang yang ada dan Romeo ni sejenis KAX yang bijak mengendalikan semua situasi dan mendepaninya dengan baik sekali. Karakter yang romantik membuatkan ramai wanita terpikat. Haaa, kepada wanita di luar sana, berhati-hati!

3. Harley Kax yang adventurous

Anda suka dengan kehidupan yang mencabar? Berani menghadapi apa jua rintangan hidup? Okay, Budiey rasa Harley Kax sesuai untuk anda. Harley Kax adalah salah seorang Kax berjantina lelaki yang tahu bagaimana untuk mendepani segala cabaran hidup dengan lebih bijak. Dia berani dan bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru dan bersedia untuk mengambil apa-apa cabaran sepanjang kehidupan. Berilah apa sahaja tugasan atau kerja, pasti dia akan sahut cabaran tersebut dengan jiwa yang berani dan kental. Harley juga suka mencuba sesuatu yang baru dan sukar mengaku kalah. Baginya, tiada istilah putus asa dalam hidup! Wow! Hebat gak Harley ni. Tengoklah, dia pakai pun baju jersi Sepanyol kot.

4. Joey Kax yang happy go lucky

Cakap pasal gembira, Joey Kax mempunyai karakter yang agak menyeronokkan. Joey jenis yang selalu tersenyum, berjiwa positif, sentiasa gembira walaupun dalam apa keadaan sekali pun. Jadi, Budiey rasa, sekarang ini, Joey adalah pilihan kedua. Antara Joey atau Jasper, mana satu pilihan kalbu.

5. Peachy Kax yang innocent

Dia ada rupa fizikal yang cantik dan sesuai untuk perempuan yang lebih mementingkan gaya yang comel. Peachy juga seorang yang tenang dan mempunyai visi yang bagus untuk masa depan.

6. Foxy Kax yang cute

Dalamannya, Foxy sejenis yang tegas, ada pendirian dan tahu pilihan terbaik untuk dirinya! Dia tahu apa yang dia mahu dan dengan bantuan kecantikannya dan karakter yang meyakinkan, beliau sentiasa mendapat ia! Ini adalah salah satu anak ayam tidak akan merosakkan dengan!

7. Dolly Kax yang cheeky

Dolly ni nakal sikit dan suka buat jenaka lawak yang sinis. Sikap ini membuatkan Dolly digelar si nakal! Dia mungkin dianggap suka main-main dan tak serius, tapi jangan ingat Dolly tidak bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

8. Mia Kax yang bersahaja

Mia Kax ini sangat mesra dan suka bergaul dengan sesiapa sahaja. Sikapnya yang spontan dan pandai mengambil hati membuatkan ramai yang menyukai Mia. Wataknya yang mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri membuatkan dirinya tidak membosankan.

Bagaimana Untuk Mendapatkan KAX?

Okay, ini soalan yang selalu ditanya kepada Budiey, bagaimana untuk mendapatkan Kax. Okay, caranya senang sahaja. Untuk mendapatkan satu Kax cukup eksklusif ini, anda hanya perlu melanggani mana-mana pek yang ditawarkan dan hanya perlu berbelanja RM7 dalam satu minggu. Anda melanggani samada Surf Pack, Talk Text Surf Pack, Talk Surf Pack, Text Surf Pack, Talk Text Pack atau Fun Pack. Cukup mudah, kan?

Caranya mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah ini:-

kax

Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan dua Kax ini dengan hanya melanggani mobile internet untuk RM38 sebulan. Anda dapat menikmati 1.5GB data dengan 4G LTE dan diberi 500MB WiFi percuma. Cara mudah sahaja:

kax-4

Setelah langganan anda itu berjaya, anda akan menerima Gift Code melalui SMS dan anda boleh menuntut Kax pilihan anda di mana-mana outlet Blue Cube terpilih dan wakil yang sah.

Jika anda bukan member XPAX, jangan risau, anda masih boleh mendapatkan Kax ni dengan hanya reload RM30 dalam masa 7 hari diaktifkan untuk menerima dua Kax.

kax-2

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kesemua edisi terhad KAX ini. Untuk info lanjut, layari: www.xpax.com.my

kax

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemuncak Program Jerayawara Rio To Malaysia

Drama Bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan