in ,

Kemuncak Program Jerayawara Rio To Malaysia

Program jerayawara “Rio To Malaysia” kini hampir ke kemuncaknya dengan berkunjung ke lokasi Felda Mempaga, Pahang sebagai destinasi terakhir yang bakal berlangsung pada 24 Mei hingga 25 Mei 2014. Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi menyemarakkan sambutan Piala Dunia 2014.

Justeru orang ramai dijemput hadir seawal pukul 8.00 pagi menyertai pelbagai aktiviti seperti Senamrobik, Pertandingan Mewarna, Sukaneka, Pertandingan Memasak serta pameran dan gerai jualan. Selain itu, program ini bakal menampilkan kemunculan artis Ernie Zakri juara Bintang RTM 2009, pelawak dan pengacara Munir dan Azrul Zaidi, artis – artis FELDA, para pelakon Drama Bersiri Gerak Khas serta personaliti RTM seperti DJ Sonic KLFM dan Iesya Toh pengacara Selamat Pagi 1Malaysia.

iesya toh

[pullquote]Antara aktiviti menarik turut dijalankan sempena kemuncak Program Jerayawara ‘Rio To Malaysia’ seperti pertandingan Futsal Rio, Mewarna Rio, Masterchef Rio Belia ADABI, Futsal Sarung, Bintang Suara FELDA, Auto Show, Sukaneka, Deko Kreatif, DJ Corner , Kuiz Rio, DansaRobik serta pelbagai telematch yang menghiburkan.[/pullquote]

Selain itu para pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik serta cenderahati istimewa dari RTM. Orang ramai berpeluang menyertai pelbagai acara yang dijadualkan berlangsung sepanjang hari dengan kerjasama pihak FELDA ini.

Sambutan hebat diterima daripada tiga lokasi yang telah berlangsung sebelum ini, iaitu di Jasin Melaka, Felda Kerteh, Terengganu dan Felda Gedangsa, Hulu Selangor yang dilihat berjaya mencapai matlamatnya dalam mempromosikan RTM sebagai penyiar berlesen siaran perlawanan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014, yang akan berlangsung di Brazil bermula 12 Jun hingga 13 Julai ini.

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA merupakan sukan nombor satu yang paling berprestij dan diminati ramai di seluruh dunia ini menyaksikan RTM telah menjadi penyiar utama bagi kejohanan empat tahun sekali itu sejak Piala Dunia 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, 2006 dan 2010.

RTM akan menyiarkan sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD). Siaran melibatkan negara yang diminati rakyat Malaysia antaranya Brazil, England, Argentina, Sepanyol, Perancis, Portugal, Itali, Argentina, Korea dan Jepun.

Siri jelajah Rio To Malaysia ditaja oleh penaja ADABI Consumer Industries Sdn Bhd, AVON Cosmetic (M) Sdn Bhd, Figos Sdn Bhd, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd, Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd, Hyrax Oil, Skop Production Sdn Bhd, Glaxo Smith Kline Consumer Helathcare Sdn Bhd dan Bright Network Sdn Bhd.

Jangan lepaskan peluang berdansa di Program Rio To Malaysia pada 24 hingga 25 Mei ini bertempat di Dataran Felda Jaya,Wilayah Mempaga 1, Pahang dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik serta beramah mesra bersama artis – artis popular serta perosnaliti RTM serta membawa pulang pelbagai hadiah dan cenderahati istimewa dari RTM.

news rio

dj sonic klfm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Annual Le French May Festival Hong Kong

Cara Mudah Untuk Dapatkan KAX Edisi Terhad