in ,

Caprice Pilih Hishammuddin Hussein Jadi Perdana Menteri

Penyanyi rap, Caprice menerusi Instagram miliknya ada menyatakan sokongan kepada Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu disuarakan Caprice di Instagram Storynya, semalam.

Malah, pemilik nama Ariz Ramli,33, ini juga turut memilih Anwar Ibrahim sebagai ahli politik yang layak diangkat bagi menggalas tanggungjawab untuk memimpin negara.

Ramai tanya Caprice kenapa pilih Datuk Seri Hishammuddin. Guys, ini adalah apa yang kita pilih. Ini hanyalah berdasarkan ramalan saya. Berdasarkan agenda dunia, yang paling sesuai adalah DS Hishammuddin atau Anwar Ibrahim. Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ini, dan kalau kita lihat akaun media sosial DS Hishammuddin, sudah cukup cantik sebagai akaun media sosial seorang Perdana Menteri.

– Caprice

Katanya lagi, nama-nama seperti Ku Li juga layak diangkat sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof telah mengesahkan Muhyiddin akan meletakkan jawatan pada hari ini kepada Yang di-pertuan Agong bertempat di Istana Negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hawa Rizwana Tak Fikir Soal Jodoh, Mahu Pengalaman Kerja

Tidak Suka Dibandingkan Dengan Orang Lain, Sharifah Rose Ajak Peminat Hargai Diri Sendiri