in , ,

Marvel Studios Lancar Trailer Super Bowl Doctor STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS

Hari ini, semasa liputan Big Game, Marvel Studios melancarkan treler baharu untuk Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang membawa penonton melihat kehebatan ‘Multiverse’ yang sangat menakjubkan.

Selain itu, Marvel Studios turut mengeluarkan poster baharu untuk pengembaraan ‘supernatural’ yang akan datang. 

Dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness, MCU membuka kunci Multiverse dan menolak sempadannya lebih jauh berbanding sebelum ini. Mengembara ke alam yang tidak diketahui bersama Doctor Strange, yang, dengan bantuan sekutu mistik – baik yang lama mahupun yang baru, – merentasi realiti alternatif Multiverse yang sukar difahami dan berbahaya untuk menghadapi musuh baru yang misteri.

Marvel Studios Lancar Trailer Super Bowl Doctor STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS

Benedict Cumberbatch dan Benedict Wong mengulangi peranan mereka sebagai Stephen Strange/Doctor Strange dan Wong. Chiwetel Ejiofor dan Rachel McAdams kembali dalam filem kali ini sebagai Karl Mordo, bekas rakan Doctor Strange yang bertukar menjadi musuh dan Christine Palmer, rakan sekerja yang juga kekasih Strange. 

Elizabeth Olsen mengulangi peranannya sebagai Wanda Maximoff dan pendatang baharu MCU, Xochitl Gomez sebagai America Chavez. Michael Stuhlbarg kembali meneruskan peranannya sebagai Nicodemus West. Dijangkakan lebih banyak pelakon akan muncul sebagai cameo dalam filem kali ini, cuma peminat perlu menantikannya, sama ada dalam trailer terbaru ataupun filem. 

Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Eric Hauserman Carroll, dan Jamie Christopher menjadi penerbit eksekutif disamping penerbit Kevin Feige, manakala Michael Waldron menulis lakon layar untuk filem ini.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan dilancarkan pada 5 Mei ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Members Bermain Badminton Bersama Lagenda Badminton Negara Datuk Rashid Sidek

Dolla Bikin Transisi Amat Dasyat Dalam ‘BAD’, Sebuah Lagu Bertemakan Pemerkasaan Wanita