in

BWF Sudirman Cup World Team Badminton Championships, ARAG World Team Cup

Stadium Astro membawa Saluran Sukan Tambahan Khas untuk Pelanggan Pakej Sukan Astro
Tontoni BWF Sudirman Cup World Team Badminton Championships, ARAG World Team Cup dan French Open 2009 SECARA LANGSUNG di Astro SuperSport+

Stadium Astro sentiasa berusaha gigih untuk meneruskan tradisi cemerlangnya dalam memberikan perkhidmatan bermutu kepada para pelanggan dengan saluran sukan tambahan khas – Astro SuperSport+, yang akan menyiarkan tiga acara sukan SECARA LANGSUNG iaitu BWF Sudirman Cup World Team Badminton Championships, ARAG World Team Cup dan French Open 2009. Astro SuperSport+ (Saluran 816) bakal bersiaran untuk semua Pelanggan Pakej Sukan Astro dari 11 Mei – 9 Jun 2009.

Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Bahagian Sukan,  Kumpulan Pengurusan Kandungan dari Astro berkata, “Kalendar acara sukan di Astro SuperSport (Saluran 811) untuk bulan Mei dan Jun 2009 penuh dengan kandungan sukan antarabangsa termasuk acara bola sepak terkemuka seperti Coppa Italia, Copa Libertadores, UEFA Cup 2008/09, Spanish Primera Liga, Italian Serie A dan Bundesliga serta acara tennis ATP World Tour 1000’s. Acara-acara ini akan mengisi saluran Astro SuperSport dengan padat sekali.”

“Oleh itu, dalam matlamat kami untuk menjadi pengisian pilihan No. 1 serta memberi pengalaman pelanggan yang terbaik, Astro akan membawa Astro SuperSport+ (Saluran 816) dalam jangkamasa pendek ini. Astro SuperSport+ akan menyiarkan tiga acara sukan antarabangsa SECARA LANGSUNG tanpa sebarang pembiayaan tambahan,” ujar Lee. 

Jadual acara-acara sukan tersebut di Astro SuperSport+ (Saluran 816) adalah seperti berikut:

BWF Sudirman Cup World Team Badminton Championships 
11 – 17 Mei 

ARAG World Team Cup  
18 – 23 Mei 

Tennis French Open 2009 
24 Mei – 7 Jun Tenis

Sejajar dengan hasrat Stadium Astro ‘The Best Seat is in Your House’, Pelanggan Pakej Sukan Astro akan berpeluang untuk menonton aksi pemain badminton dan tennis kesukaan mereka melalui penyiaran SECARA LANGSUNG dan siaran ulangan. Untuk mendapat jadual acara sukan yang terkini, layari laman web www.astro.com.my

Untuk melanggan Pakej Sukan Astro, sila hubungi Pusat Pelanggan Perkhidmatan Astro di talian tol bebas 1300-82-3838.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Synopsis Film Power Kids

Dialog Anak Wayang, Sesi Anak Wayang, Sesi Anak Wayang