in , ,

Butik Pakaian Sukan Ikonik Columbia Dibuka di Pusat Membeli Belah Mid Valley

GMG, salah satu konglomerat terkemuka di Timur Tengah, sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran gemilang jenama pakaian sukan ikonik Amerika Syarikat, Columbia di Malaysia.

Perkembangan menarik ini direalisasikan dengan pembukaan sebuah butik  baharu Columbia di Mid Valley Megamall. Selepas kejayaan pembukaan butik di Suria KLCC dan Pavilion Bukit Jalil pada bulan Oktober yang lalu dengan kerjasama GMG sebagai pengedar eksklusif, perkembangan ini merupakan tonggak penting bagi Columbia kerana ia secara strategik memperluaskan pasaran yang paling berdaya maju dan dinamik di Asia Tenggara.

Columbia Grand Launch (1a) Columbia Experience

“Kami sangat gembira untuk mengumumkan pembukaan butik baharu Columbia di Malaysia. Berikutan kejayaan pelancaran kami di Malaysia dan Singapura tahun ini, ia adalah bukti untuk mengukuhkan lagi kedudukan kami di Asia.

Kami bersemangat untuk membangkitkan jiwa aktiviti lasak dalam kalangan komuniti bandar, dan mengembara bersama mereka ke mana saja.”

Presiden – Sukan, GMG, Carl Masterman
Columbia Grand Launch (2a) Jaclyn Tan, VP Marketing & Brand, GMG Asia

Mencipta Peralatan dan Teknologi Aktiviti Luar Sejak 1938: Selangkah Di Atas

Tunjang kekuatan Columbia adalah keghairahan terhadap aktiviti luar, mencerminkan misinya untuk memberi inspirasi dan melengkapkan pengguna meneroka dan mengatasi batas kemampuan mereka. Berpangkalan di Portland, Oregon, Columbia menghasilkan peralatan gaya hidup aktif yang diperkukuh dengan teknologi terkini dalam industri dan diuji di hutan, gunung bersalji, pantai berbatu, serta kawasan terbuka luas.

Bersandarkan kepada warisan Pacific Northwest dan semangat yang kuat, Columbia menonjol melalui komitmennya yang teguh terhadap inovasi teknikal dan kualiti yang cemerlang. Teknologi jenama yang dipatenkan seperti Omni-Heat™, Omni-Tech™, Omni-Wick™, Omni-Freeze™ dan banyak lagi memberikan prestasi yang unggul serta perlindungan maksimum, bagi memastikan  Columbia sentiasa bersedia untuk sebarang pengembaraan aktiviti luar.

Columbia Grand Launch (4) Vincent Tan, Brand Director, Melinder & Jacquelin, Jaclyn Tan, VP Marketing & Brand

Meneroka Dunia Aktiviti Luar Bersama Columbia

Bukan hanya bersandarkan jenama aktiviti luar, Columbia mewakili gaya hidup penjelajahan, pengembaraan, dan usaha tanpa henti untuk perkembangan diri seseorang. Dengan pembukaan butiknya di Malaysia, jenama ini komited untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam menghayati semangat pengembaraan sambil menikmati kegembiraan melakukan aktiviti luar.

Columbia Grand Launch (9)

Melalui inisiatif yang menarik termasuk sesi mendaki, acara aktiviti luar dan sesi pendidikan produk bagi memperkenalkan teknologi serta inovasi terkininya, Columbia berhasrat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia menerokai persekitaran sekeliling mereka, berhubung dengan alam semula jadi, meluaskan jangkauan mereka dan menolak sempadan peribadi untuk mencapai potensi terbesar mereka.

Bagi pelancaran gemilang ke dalam pasaran Malaysia, Columbia bakal menganjurkan roadshow di North Court, Mid Valley Megamall dari 10 hingga 14 Januari 2024 yang menampilkan pelbagai aktiviti dan bengkel yang menarik bagi menggembirakan dan memberi inspirasi kepada pengguna Columbia untuk pengembaraan aktiviti luar mereka.

Columbia Grand Launch (12) Rapid Packing with Firdaus Ghufran

Roadshow berkenaan menampilkan alam semula jadi yang lasak untuk membawa pengguna merasai pengalaman yang diilhamkan oleh semangat Columbia dengan melengkapkan satu siri pengembaraan dan mendapatkan barangan eksklusif dari Columbia.

Antara aktiviti tersebut ialah merasai pengalaman berada di dalam Bilik Hujan Columbia berteknologi terkini di mana pengguna dapat merasai hujan dalam ruangan khas sambil memakai produk OutDry™️ dari Columbia, cabaran Tie-The-Knot juga bakal menguji pengetahuan peserta, dan turut diadakan pertandingan Pengemasan Pantas. Orang ramai yang hadir juga akan dapat membawa pulang rantai kunci peribadi mereka sendiri dalam bengkel semasa roadshow berkenaan.

Bagi maklumat lanjut mengenai Colombia dan produknya, sila layari @columbiasportswear_my.

Columbia Grand Launch (13) Paracord Buddy Workshop
Columbia Grand Launch (14) Paracord Buddy with Alif Hadi

Mengenai Columbia 

Ditubuhkan pada tahun 1938, Columbia Sportswear Company adalah sebuah syarikat Amerika Syarikat yang pakar dalam pengilangan dan pengedaran kasut, pakaian luar, dan pakaian sukan. Hari ini, ia dikenali dengan pakaian aktiviti luar dan kasutnya yang terkenal kerana keberkesanan dan kualiti yang tinggi, menjadi pilihan yang sempurna untuk pelbagai aktiviti dan keperluan sukan. 

Columbia Sportswear Company merupakan pendahulu global dalam reka bentuk, sumber, pemasaran, dan pengedaran pakaian aktiviti luar dan pakaian bagi gaya hidup aktif, kasut, aksesori, dan peralatan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey Kini Dah Bertukar Lokasi

Awas! Peri-Crackle Baharu Daripada Nando’s Bakal Cetus Reaksi Yang Hebat