in ,

Awas! Peri-Crackle Baharu Daripada Nando’s Bakal Cetus Reaksi Yang Hebat

Selebriti tanah air Harris Annuar telah mengalami emosi ini sendiri di outlet Nando’s The Exchange TRX, menerusi sebuah video Instagram

PERi-PERi dan ayam panggang merupakan hidangan yang sinonim dengan Nando’s. Selepas 26 tahun, Nando’s kini memperkenalkan satu cara baharu untuk mengalami PERi-PERi kepada rakyat Malaysia, iaitu menerusi mencicah PERi-crackle baharu daripada Nando’s. 

Kehangatan PERi-crackle terletak pada ramuannya yang rangup, pedas lagi lazat, anda pasti terkesima selepas mencubanya bersama pelbagai jenis hidangan, dan mengalami satu emosi yang sukar untuk digambarkan atas keenakannya.

PC MY_ABoard

Selebriti tanah air Harris Annuar telah mengalami emosi ini sendiri di outlet Nando’s The Exchange TRX, menerusi sebuah video Instagram terbaharunya yang menggambarkan reaksi Furious Freakout yang dialami beliau selepas merasai pencicah PERi-crackle. 

Peminat Nando’s pastinya mengenali sos dan sari perapan yang Nando’s hidangkan, tetapi PERi-crackle adalah cara baharu bagi peminat untuk menikmati kelazatan PERi-PERi. PERi-crackle sarat dengan minyak cili berperisa yang diperbuat daripada biji bijan, bunga matahari dan labu yang dipanggang, termasuk bawang putih, bawang merah dan semestinya cili PERi-PERi. 

05. Garlic Bread with PERi-crackle

Seperti mana-mana juadah bersulamkan PERi-PERi (dan seperti yang dilihat dalam video Harris Annuar), PERi-crackle merupakan pencicah yang benar-benar menggiurkan serta ia boleh dipadankan dengan segala jenis hidangan, khususnya Ayam ¼ dan 2 Hidangan Sampingan yang digemari oleh para peminat Nando’s. 

Para peminat juga boleh menikmati perisa ayam PERi-PERi kesukaan mereka, iaitu Lemon & Herb ataupun Extra Hot bersama PERi-crackle pada harga RM28.80 sahaja.

04. PERi-crackle Noodles

Sebagai warga Malaysia, kita sedia maklum bahawa minyak cili dan nasi adalah bagai inai dengan kuku, justeru kami membawakan PERi-crackle Chicken Rice Bowl pada harga RM18.90 sahaja. 

Kami tidak bergurau apabila kami menyatakan bahawa ia boleh dinikmati dengan segala jenis hidangan – buat julung kalinya kami memperkenalkan PERi-crackle Noodles yang boleh dinikmati sebagai pesanan sampingan bagi hidangan ayam anda ataupun secara berasingan pada harga RM7.90. 

03. PERi-crackle Chicken Rice Bowl

Juga baharu dalam menu kami ialah Garlic bread with PERi-crackle yang serba rangup di samping Mediterranean Rice with PERi-crackle, masing-masing disediakan pada harga RM9.80.

Mereka yang berani mengalami PERi-crackle boleh berbuat demikian di outlet Nando’s atau di rumah pada harga pengenalan bernilai RM1.90 sahaja. Jika anda ingin menghangatkan lagi pengalaman PERi-crackle anda, sila layari www.nandos.com.my

Kini boleh didapati di semua outlet Nando’s seluruh negara, jangan lepaskan peluang untuk mengalami kehangatan PERi-crackle hari ini. Tonton video Instagram Harris Annuar DI SINI.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nandos.com.my, atau ikuti Nando’s Malaysia di www.facebook.com/NandosMY, https://www.instagram.com/nandosmy/, atau https://www.tiktok.com/@nandosmy.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Butik Pakaian Sukan Ikonik Columbia Dibuka di Pusat Membeli Belah Mid Valley

SunStrong Entertainment Lancar Speak Up Bravely If Something Happens