in , ,

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey Kini Dah Bertukar Lokasi

Eh, bro, tadi aku baca pasal konsert Reunion Hyper Act yang nak buat 15 Years Journey kat KWC StarXpo, KL, kan? Sekarang dorang tukar plan, jadi kat Stadium Chinwoo KL pulak, pada 3 Februari ni. Weird betul, tak tau kenapa diorang tukar lokasi.

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey yang asalnya dirancang untuk diadakan di KWC StarXpo, Kuala Lumpur pada 3 Februari ini telah bertukar lokasi ke Stadium Chinwoo Kuala Lumpur. 

Perubahan ini dilakukan selepas mengambil maklum permintaan peminat-peminat Hyper Act. yang mahukan ruangan tempat duduk. 

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey Kini Dah Bertukar Lokasi

Stadium Chinwoo yang telah dibuka semenjak tahun 1953 dipilih sebagai lokasi yang baru kerana mampu menyediakan ruangan berdiri dan duduk yang secukupnya.

Bagaimanapun, tarikh konsert dan masa pintu dibuka adalah kekal tanpa sebarang perubahan.

Berikut adalah harga terkini tiket konsert dengan penambahan zon baru (duduk dan istimewa):

  • HA15 SEATED – RM180
  • HA15 SEATED (Special) – RM225
  • Pasti Terjadi (Special) – RM195
  • Pasti Terjadi – RM150
  • Zone 1 – RM115 (habis dijual)
  • Zone 2 – RM105 (habis dijual)
  • Zone 3 – RM55 (habis dijual)
  • Zone 4 – RM50 (habis dijual)
  • Meet & Greet – RM250

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey ini buat julung kalinya akan menggabungkan semula bekas-bekas angota Hyper Act. sebelum ini iaitu Ronnie Hussein (Vokal Utama), Kecik

Ogie (Vokal Utama) dan Labib (Drum) di satu pentas yang sama sempena penganjuran konsert sulung mereka pada 3 Februari 2024 depan.

Konsert Reunion Hyper Act. 15 Years Journey Kini Dah Bertukar Lokasi

Hyper Act. dikenali menerusi lagu hits mereka seperti Harapan, Hanya Aku, Impian, Takkan Pergi, Bukan Untukku, Kasih, Ku Tiba Lagi dan banyak lagi. Peminat yang ingin menyaksikan persembahan Hyper Act. boleh mendapatkan tiket di platform ticket2U.

 Hubungi:

  • ZOUL 012 276 7053 | [email protected]
  • AZWA 013 701 6853 | azwa.redvena@gmail
  • RITA 013 987 5005 | rita.redvena@gmail

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TYZO SURIA FM

DJ Anne ‘Spill The Tea’, Dakwa Ada Yang Dengki Dengan Tyzo Xander

Butik Pakaian Sukan Ikonik Columbia Dibuka di Pusat Membeli Belah Mid Valley