in

Bukan Sekadar Bungkusan Makanan, Lihat Gaya Kreatif Army Abadikan BTS Meal

Malaysia telah menjadi negara Asia pertama yang dipilih untuk ‘world tour’ menu istimewa kolaborasi antara McDonald’s bersama BTS. Bahkan, BTS Meal mendapat sambutan yang memberansangkan seawal ia dijual secara rasmi.

Istimewanya di Malaysia, bekas makanan untuk BTS Meal didatangkan istimewa dengan rekaan yang cukup cantik sehinggakan para peminat mengambil keputusan untuk mengabadikan BTS Meal dengan penuh kreativiti.

Menerusi tinjauan kami di media sosial, ada segelintir peminat yang menyimpan dalam bekas khas, letakkan dalam frame dan banyak lagi untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.

Bukan Sekadar Bungkusan Makanan, Lihat Gaya Kreatif Army Abadikan Bts Meal

Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang menjadikan bekas makanan sebagai casing telefon bimbit dan dari bekas minuman menjadi sebuah tumbler.  Malah, ada juga jadikan mengubah bekas makanan menjadi keychain.

Bukan Sekadar Bungkusan Makanan, Lihat Gaya Kreatif Army Abadikan Bts Meal

Kreatif sungguh para peminat BTS ini dalam mengabadikan bungkusan makanan BTS Meal ini. Bagi anda yang tidak tahu mahu menyimpan seperti mana, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak akan membantu anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 14

Suekhaizar Dari TikTok Kini Jadi Penyanyi Dikecam Gara-Gara Vokal Ke Laut

Mira Filzah | 15

Mira Filzah Kongsi Tips ‘Genius’ Jaga Aurat Ketika Vaksin, Sangat Bermanfaat!