in ,

Apa Yang Uniknya Video Muzik SUMPAH Naim Daniel Sehingga Trending di Youtube?

Muhammad Naim Daniel bin Baharin atau lebih dikenali dengan nama panggilan Naim Daniel mula dikenali dilaman sosial kerana cover lagu di Instagram.

Semasa melintasi karpet merah Anugerah MeleTop Era 2019 yang lalu, Budiey sempat menemubual Naim Daniel dan bertanyakan tentang video muzik dan lagu SUMPAH ini.

Bagi Naim, lagu ini sangat deep di mana ia mempunyai mesej bahawa sejauh mana kita sayang kepada seseorang, kalau dia nak pergi dia akan pergi. Lagu ini menceritakan bahawa sayang pada seseorang itu tak semestinya kita dapat memilikinya.

Naim Daniel yang kini bernaung dibawah syarikat rakaman World Peace (WP) Entertainment, kini kembali dengan single bertajuk ‘Sumpah’.

Menerusi akaun Youtube WP Entertainment, muzik video Naim Daniel ini sehingga kini mendapat lebih daripada setengah juta tontonan dan telah trending #1, sejak dimuatnaik pada 19 April lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Samsung Tunda Pelancaran Galaxy Fold

Buka Tudung, Fathia dakwa Tak Mahu Hidup Berpura-pura