in ,

Buat Swab Test di Rumah, Siti Nurhaliza Negatif Covid-19, Titip Doa Buat Frontliners

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dirinya sekeluarga negatif ujian swab virus Covid-19. Berkongsi berita ini di Instagram, Tokti menzahirkan rasa lega dan berdoa agar terus dilindungi.

“Alhamdullillah. Syukur, saya dan keluarga buat swab test untuk memastikan kami sekeluarga bebas dari Covid-19.

“Semoga terus dilindungi untuk waktu-waktu kehadapan dengan menjaga dengan ketat SOP yang telah di tetapkan oleh KKM.

“Anda juga patut tahu tahap kesihatan anda serta insan tersayang .. jangan ambil mudah ye..

“Terima kasih kumpulan_megaklinik_zahran yang dedikasi dalam menjalankan tugas anda,”

– IG Siti Nurhaliza
Buat Swab Test di Rumah, Siti Nurhaliza Negatif Covid-19, Titip Doa Buat Frontliners

Sebelum ini, Tokti berkongsi sepotong video Siti melakukan ujian swab Covid-19 di kediamannya baru-baru ini.

Sementara itu, dalam entri sama Siti turut melayangkan doa buat barisan hadapan negara yang kini sedang berhempas pulas membendung pandemik Covid-19.

“Kepada seluruh Frontliners, kami sayang anda .. Semoga Terus Kuat!” tambahnya.

– IG Siti Nurhaliza

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dayah Bakar Bawa Anak Jumpa Suami, Ambil Keputusan Berhijrah Ke Australia

Berhibur dengan Personaliti & Program Baharu di Radio SINAR