in , ,

Dayah Bakar Bawa Anak Jumpa Suami, Ambil Keputusan Berhijrah Ke Australia

SETELAH lebih setahun tidak bertemu, penantian pengacara Dayah Bakar berakhir apabila dia kembali disatukan dengan suami, Muhammad Hanif Hamidi di Australia pada Selasa.

Dayah turut membawa bersama anak mereka, Achbar Muhammad Fahri yang kini genap berusia lima bulan. Dayah terlebih dahulu telah menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bersama anaknya sebaik tiba di Australia pada 6 Januari lalu.

Dayah Bakar Bawa Anak Jumpa Suami, Ambil Keputusan Berhijrah Ke Australia

Momen indah penyatuan keluarga kecil itu telah dikongsikan menerusi beberapa foto yang dilampirkan menerusi akaun Instagram peminat Dayah, @dayahlova. Dayah menjalani kehidupan jarak jauh kerana suaminya merupakan pegawai tentera yang terikat dengan komitmen kerja di luar negara.

Menerusi foto yang dikongsikan itu, Dayah mengenakan pakaian berwarna biru tersenyum gembira memegang Fahri sambil dipeluk suami tercinta. Di ruangan komen, rata-rata peminat tumpang gembira apabila melihat keluarga mereka sudah lengkap bersatu semula selepas sekian lama tidak bertemu.

Dayah Bakar Bawa Anak Jumpa Suami, Ambil Keputusan Berhijrah Ke Australia

Difahamkan Dayah dan anaknya akan menetap bersama Hanif di Australia selama setahun.Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos tahun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awie Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang, Gambarnya Disalahguna Untuk Promosi Produk

Buat Swab Test di Rumah, Siti Nurhaliza Negatif Covid-19, Titip Doa Buat Frontliners