in , ,

Bual Bicara Dato M.Nasir di MAGNUM OPUS 40 TAHUN M.NASIR – Siri 2

Jom ketahui informasi tentang acara Bual Bicara Dato M.Nasir di MAGNUM OPUS 40 TAHUN M.NASIR – Siri 2 yang bakal diadakan di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 20 April ini.

Dato M.Nasir telah menghasilkan lebih 50 buah lagu dan lirik bersama SEARCH dan WINGS sejak 1985.

Beliau juga telah menerbitkan 7 dari 12 album studio SEARCH dan menerbitkan 4 dari 11 album studio WINGS serta 1 dari 2 album studio DOUBLE TROUBLE.

M.Nasir

Poster rasmi telah dilancarkan pada 20 Februari 2019. Konsep rekabentuk membawa maksud ‘disebalik album album terbaik kumpulan SEARCH dan WINGS adalah penerbitnya Dato’ M.Nasir’.

Kulit album yang ditampilkan adalah 12 album studio yang diterbitkan oleh Dato’ M.Nasir iaitu 7 album SEARCH, 4 album WINGS dan 1 album DOUBLE TROUBLE.

Imej kulit album yang tertera adalah hakcipta Universal Music Malaysia, Sony Music Malaysia, New Southern Records (NSR) dan Pawana Music.

Pasti banyak yang akan beliau ceritakan tentang bagaimana karya karya tersebut dihasilkan untuk SEARCH dan WINGS.

Bual Bicara Dato M.Nasir bersama ahli panel akan dikendalikan oleh Sdr Rostam Said sebagai Moderator.

Selepas Bual Bicara, Persembahan Istimewa Dato M.Nasir – Beliau akan menyampaikan rangkaian karya beliau utk SEARCH dan WINGS dengan rendisi yang tersendiri.

Program Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir Siri 1 ‘KEMBARA KE SOLO’ telah diadakanpada Sabtu, 16 Disember 2017 di Auditorium Mini, MATIC Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Program tersebut dianjurkan oleh Sahabat M.Nasir dan Roman Abadi Sdn Bhd serta kerjasama dari Luncai Emas Sdn Bhd, MOTAC, MATIC, ITBM dan The Institude.

Pelbagai topik telah dikupas oleh para panelis yang terdiri dari Hairul Anuar Harun, penulis lirik prolifik dan Seir Rashid, bekas editor ROTTW dan pengasas Tempatan Fest. Moderator adalah Ronasina, seorang kartunis dan penulis bebas serta bekas editor majalah Gila Gila.

Topik yang diperbualkan mencakupi perjalanan karier seni Dato M.Nasir dari zaman kumpulan KEMBARA sehinggalah ke zaman album solo beliau yang bertajuk‘S.O.L.O.’ pada tahun 1989. Kerana itulah tajuk program ini dinamakan ‘KEMBARA KE SOLO’.

Program tersebut mendapat sambutan hangat dikalangan para peminat Dato’ M.Nasir dan peminat muzik tempatan walaupun auditorium tersebut hanya menampung 150 orang penonton dalam ruang yang cukup intim dan ekslusif serta mendapat liputan positif yang meluas di media internet, media cetak dan media elektronik.

‘Magnum Opus’ adalah istilah Latin yang membawa maksud ‘himpunan karya seorangseniman yang berpengaruh samada kesusasteraan, muzik, seni halus atau filem’ danmendapat perhatian umum. Istilah ini bersifat peribadi dan bukan mengatakan bahawa seseorang itu lebih baik dari karyawan lain.

Bagi meraikan penglibatan dan sumbangan Dato’ M.Nasir dalam industri muzik Malaysia yang mencecah 40 tahun, pihak Sahabat M.Nasir telah mencetuskan idea untukmenganjurkan siri program ‘Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir’. Maka ia dimulakan dengan‘Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir – KEMBARA ke SOLO’ pada 16 Disember 2017.

Tujuan Acara Ini Diadakan:

  • Mengupas karya seni muzik dari sudut penciptaan lagu, penulisan lirik, penerbitan muzik dan nilai komersial secara ilmiah dalam suasana bukan akademik.
  • Membuka peluang kepada generasi baru terutama generasi millienia mengenalikarya seni generasi ‘baby boomers’ dan generasi X yang terdahulu.
  • Mengiktiraf peranan budaya popular (pop culture & sub culture) dalam pembangunan negara.
  • Mengiktiraf sumbangan karyawan seni muzik dalam pembangunan minda dimana sedikit sebanyak karya muzik popular turut mempengaruhi pemikiran generasi sezaman mereka secara positif.
  • Merakamkan pengkisahan sebahagian dari sejarah seni negara sebagai khazanah untuk tatapan generasi akan datang.

Rentetan dari program terdahulu, pihak Sahabat M.Nasir bercadang untuk meneruskan Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir dalam skala yang lebih besar. Temanya adalah #searchwingsdanrocknroll dimana bual bicara akan mengupas kisah kebangkitan era muzik rock di Malaysia pada awal 1980an secara keseluruhan sambil memfokuskan kepada 2 buah kumpulan iaitu SEARCH dan WINGS.

Tumpuan pada 2 kumpulan tersebut adalah signifikan kerana mereka mendapat khidmat Dato’ M.Nasir sebagai penerbit album pada awal kemunculan mereka sehinggalah mencipta nama besar dalam arena muzik rock. Malah mereka masih lagi relevan sehingga kini selepas lebih 30 tahun. Dato’ M.Nasir turut bertanggungjawab mencipta puluhanlagu dan lirik ‘hits’ mereka sejak album pertama selain dari karya beliau untuk para artis rock yang lain.

Beliau telah menerbitkan 7 dari 12 album studio SEARCH dan menerbitkan 4 dari 11 album studio WINGS serta 1 dari 2 album studio DOUBLE TROUBLE. Pasti banyak yang akan diceritakan tentang bagaimana karya karya tersebut dihasilkan untuk SEARCH dan WINGS. Inilah juga peluang untuk bertentang mata membicarakan apa yg berlaku pada awal 1980an sehingga kemunculan 2 band rock yang paling lama bertahan dan kisah kebangkitan muzik rock tanahair ketika itu.

Magnum Opus 40 tahun M.Nasir #searchwingsdanrocknroll adalah siri ke 2 yang akan diadakan pada Sabtu, 20 April 2019. Program ini dianjurkan oleh Sahabat M.Nasir, Roman Abadi Sdn Bhd dan Magnus Works Production.

Bual Bicara yang akan dikendalikan oleh Rostam Said sebagai Moderator bakal mengupas karya karya Dato’ M.Nasir untuk SEARCH dan WINGS serta sumbangan beliau kepada arena muzik rock.

Diiringi oleh barisan pemuzik profesional yang sinonim dengan beliau iaitu THE GONG yang terdiri dari:

  • Aznan (Gitar)
  • Rafi (Gitar)
  • Kelly (Bass)
  • Firdaus (Keyboards)
  • Ujang (Drums)

Moderator – Rostam Z Said

Panel:

  1. Bob Lokman
  2. Nasir Jani
  3. Nasir Search
  4. Dato’ Awie Wings

Bob Lokman

WINGS membuka gelanggang pada tahun 1987 dengan lagu ciptaan Usop Kopratasa dan lirik oleh Bob Lokman iaitu INSPIRASI TAMINGSARI dari album BELENGGU IRAMA keluaran ASP. Lagu ini dianggap pembentuk watak WINGS seterusnya. Watak seorang pejuang, lantang tapi kaya dengan akar umbi budaya Melayu dan punya romantisme.

Mohd Hakim Lokman atau Bob Lokman, salah seorang penulis lirik yang banyak menulis untuk Dato’ M.Nasir. Beliau menulis lirik hits untuk SEARCH dan WINGS seperti ISABELLA, TEGUH, INTANKU KESEPIAN dan TAMAN RASHIDAH UTAMA. Lirik beliau merentas dua buah kumpulan yang berbeza ‘attitude’nya. Apakah pandangan Bob Lokman tentang karya karya Dato M.Nasir? Kenapa Dato M.Nasir yang menerbitkan album pertama WINGS?

Nasir Jani

Merakam visual suatu peristiwa bukan sekadar dokumentasi tapi lebih dari itu. Segala citarasa, gaya hidup dan unsur semiotik terkandung didalamnya. Apatah lagi satu karya fiksyen yang berlatarkan realiti. Sengaja atau tidak sengaja, Nasir Jani telah merakam ‘hard evidence’ latar hidup secara ‘raw’ di zaman awal 1980an dalam era muzik rock.
Siapa tidak kenal filem KEMBARA SENIMAN JALANAN arahan Nasir Jani, terbitan Zarul Al Bakri (ZSA Holdings Sdn Bhd) yang ditayangkan pada tahun 1986? Sudah tentu kita tidak boleh memisahkan KEMBARA SENIMAN JALANAN dengan Dato’ M.Nasir, pelakon utama dan penulis skrip filem tersebut. Nasir Jani akan mengulas perspektif beliau terhadap pengaruh muzik rock di kalangan generasi baru ketika itu.

Nasir Daud (Search)

Pemain bass kumpulan SEARCH ini sering mendapat perhatian di atas pentas dengan penampilan ‘glam rock’ beliau namun kena pada tempat dan perwatakan SEARCH. Nasir Daud turut pernah mencipta beberapa buah lagu untuk SEARCH dan terlibat dalam 6 dari 7 album Search yang diterbitkan oleh Dato’ M.Nasir. Pasti ada kisah dari beliau tentang kerja penerbitan album album tersebut sehingga album yang terbaru KATHARSIS. Apakah peranan Dato’ M.Nasir kepada kejayaan kumpulan Search?

Dato’ Awie

Diakui sebagai antara penyanyi rock terbaik yang pernah lahir di negara ini, Dato’ Ahmad Azhar Othman atau Awie punya kisah tersendiri bila menyebut tentang Dato’ M.Nasir. Awie mengasaskan kumpulan WINGS bersama 4 orang rakan beliau pada tahun 1985. Apakah yang berlaku sehingga Dato’ M.Nasir terpilih menerbitkan album sulung WINGS ‘BELENGGU IRAMA’ yang menembusi pasaran pada 1987?Dato’ M.Nasir menerbitkan 4 album studio terawal WINGS yang membawa WINGS ke puncak. Kenapa beliau tidak lagi menerbitkan album WINGS selepas ‘JERANGKUNG DALAM ALMARI ? Apa pula pandangan Dato’ M.Nasir terhadap kumpulan WINGS yang ‘membesar’ sebagai kumpulan rock yang hebat di pentas mahupun di studio rakaman.
Persembahan solo dan eksklusif, berdurasi 60 minit oleh Dato’ M.Nasir diiringi The Gong yang terdiri dari barisan pemuzik profesional iaitui Aznan (gitar), Rafi (gitar), Kelly (bass), Firdaus (keyboards) dan Ujang (drums) akan membawakan lagu lagu ciptaan beliau untuk SEARCH dan WINGS dalam rendisi yang tersendiri. Jangan lepaskan peluang untuk menonton sebuah persembahan yang julung kali diadakan oleh Dato’ M.Nasir.

Pengisian bual bicara dan persembahan eksklusif dalam ruang yang intim dijangka mampu memberi kepuasan kepada para penonton seramai 600 orang dan menjadi suatu yang diingati peminat industri muzik tempatan.

Lagu apa yang akan dinyanyikan oleh Dato M.Nasir?

Lagu apa yang anda mahu beliau nyanyikan?

Jangankan lepaskan peluang

HANYA 500 TEMPAT DUDUK!!!

RM160.00
RM140.00
RM120.00

Sabtu, 20 April 2019

2.00pm – 4.00pm
Sesi Bual Bicara

5.00pm – 6.00pm
Persembahan Istimewa –
Dato’ M.Nasir & The Gong

Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Anjuran – Roman Abadi Sdn Bhd & Sahabat MNasir

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI :

011 – 3742 1492 : NORAIDA

013 – 302 8077 : MASLIZA

+65 – 8338 3002 : HALEEM (S’PURA)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bukan Gimik, As’ad Motawh Cedera Jatuh dari Pentas di Percaya Tour Kota Kinabalu

Video Muzik KILL THIS LOVE – BLACKPINK Pecah Rekod Di YouTube