in , ,

Video Muzik KILL THIS LOVE – BLACKPINK Pecah Rekod Di YouTube

Setakat hari ini, video muzik KILL THIS LOVE meraih sebanyak 132 juta tontonan di Youtube dan masih lagi mengekalkan trending nombor satu di Youtube Malaysia.

Siapa yang mampu menidakkan kehebatan kumpulan wanita K-Pop popular, Blackpink. Baru-baru ini, kumpulan ini sekali lagi mencipta rekod apabila muzik video single terbaharu mereka, Kill This Love mencatatkan tontonan yang paling ramai sejak ia dilancarkan, Sabtu lalu. 

Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi daripada Youtube, namun kejayaan terbaharu mereka itu sekaligus menumpaskan muzik video lagu BTS berjudul Idol yang mampu mencatatkan jumlah tontonan lebih 90 juta dalam masa lebih tiga hari. 

Pecah Rekod Psy dan BTS

Menurut Soompi, tayangan klip tersebut mencatat sehingga lebih 10 juta tontonan hanya dalam masa 4 jam 13 minit! Jumlah ini menjadikan BlackPink kumpulan pertama yang mencapai tontonan klip video terpantas dalam sejarah kumpulan idol K-pop.

Perkara ini turut memecahkan rekod yang pernah dipegang oleh kumpulan BTS, yang mengambil masa 4 jam 16 minit untuk mencapai tontonan 10 juta. Kill This Love kini telah mencecah tontonan sebanyak hampir 40 Juta.

BLACKPINK

Menurut Soompi lagi, sidang media pelancaran Kill This Love yang dijadualkan berlangsung beberapa hari lalu telah dibatalkan di saat akhir. Syarikat agensi YG telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini.

Blackpink bagaimanapun berjaya meraih jumlah tontonan yang sama dalam tempoh yang lebih singkat iaitu dalam jangka masa selama dua hari sahaja!

Blackpink yang dianggotai Lisa, Jennie, Ji Soo dan Rose sebelum ini cukup popular dengan lagu Ddu Ddu Ddu dan single kolaborasi bersama penyanyi British, Dua Lipa iaitu Kiss and Make Up

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bual Bicara Dato M.Nasir di MAGNUM OPUS 40 TAHUN M.NASIR – Siri 2

Hael Husaini Kembali Semarak Cinta dengan Karya Lebih Hebat Berjudul HARI INI