in

TV2 Filem BRIDE & PREJUDICE Lakonan Aishwarya Rai

Diangkat berdasarkan novel bertajuk ‘Austen Pride and Prejudice’, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan filem bertajuk “Bride And Prejudice” diwarnai dengan plot kisah percintaan mengasyikkan yang menampilkan watak utamanya pelakon tersohor Aishwarya Rai.

Disiarkan pada 4 Februari ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2, plot kisahnya berlatarkan lokasi di Amritsar, perjalanan watak utama Lalita Bakshi lakonan Aishwarya Rai, seorang wanita muda yang hidup dengan bapa yang sangat sukakannya membantu beliau menjalankan perusahaan pertanian keluarga ibunya.

bride-and-prejudice

Filem Bride & Prejudice Lakonan Aishwarya Rai Pada 4 Februari Ini di TV2

Ibu dan bapanya berhasrat untuk mengahwinkan empat anak gadisnya dengan lelaki yang dihormati dan kaya. Ia termasuklah tiga adik-adiknya, Jaya (Namrata Shirodkar), Maya (Meghna Kothari), dan Lakhi.

Pada majlis perkahwinan seorang kawan, Lalita bertemu dengan Will Darcy (Martin Henderson), pemuda Amerika kacak dan kaya yang menjalankan perniagaan hotel keluarganya. Darcy tiba di Amritsar dengan kawan lamanya kacukan British-Indian dikenali Balraj, dan adik Balraj iaitu Kiran.

Lalita tidak menyenangi kehadiran Darcy dan menganggap dia sombong juga tidak menyukai budaya India. Pada satu majlis, mereka terdengar perbualan Puan Bakshi yang membawa cerita mengatakan melihat Maya menari kurang sopan dan menggoda teman Lakhi. Cerita itu memeranjatkan Darcy dan kawan-kawannya juga menyinggung perasaan Jaya dan Lalita.

Ternyata kemudiannya Balraj dan Jaya jatuh cinta pandang pertama namun berlaku salah faham yang mengganggu hubungan mereka. Dalam perjalanan ke Goa bersama Darcy, Kiran, Balraj dan Jaya, Lalita bertemu dan tertarik kepada Johnny Wickham (Daniel Gillies), bekas rakan Darcy. Tindakannya itu semakin mengiakan pendapatnya memandang rendah terhadap Darcy.

Apabila adik bongsu, Lakhi berjalan di luar dengan Wickham di London, Darcy dan Lalita mencari pasangan mahu memisahkan mereka sebelum dia boleh merosakkan hidupnya. Ini kerana dia hampir lakukan perkara buruk kepada adik kecil Will Georgie.

Akhirnya, mereka kembali di India untuk meraikan perkahwinan Jaya dan Balraj. Kejutan dilakukan Darcy bagi membuktikan kepada Lalita menunjukkan bahawa dia sedang belajar untuk menghargai budaya India dengan menyertai dalam gendang tradisional. Lalu apakah kesudahannya?

Aishwarya Rai ... pelakon utama

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

poster filem Bride & Prejudice

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tonton Travelogue 2PM WILD BEAT di Saluran E!

Senarai Penuh Peserta Mentor Milenia 2017