in

Senarai Penuh Peserta Mentor Milenia 2017

Misi pencarian bakal protégé untuk berentap di pentas Mentor Milenia 2017 telah berakhir pada awal bulan Januari lepas. Masih lagi mengekalkan format yang sama, Mentor Milenia 2017 menampilkan empat penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor. Namun, musim baharu ini menyaksikan Tomok tersenarai sebagai mentor buat pertama kali di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Siapakah yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?

MENTOR MILENIA 2017

Siapakah Protégé Pilihan Tomok, Akim, Black Dan Hazama?

Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur antara 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.

Menurut Puan Zurina Othman, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan, TV3 & TV9, “Kembali dengan musim kedua, Mentor Milenia mempertaruhkan barisan mentor yang muda tetapi berbakat besar dan komited. Keempat-empat penyanyi ini mempunyai pengalaman luas dan pencapaian besar dalam industri nyanyian. Tahun ini, Tomok telah dipilih untuk menyertai barisan mentor musim baharu untuk membimbing dan berkongsi pengalaman beliau yang pernah menjuarai tiga buah program berbeza iaitu One In A Million, Versus dan Pop Krew. Dengan pengalaman yang ada, kami yakin bahawa beliau akan menjadi seorang mentor yang berkaliber dan mampu memberi persaingan hebat kepada mentor-mentor lain.”

Kali ini, setiap mentor telah menetapkan standard yang tinggi dalam pemilihan protégé mereka, namun bukan semua mempunyai kriteria yang dicari. Untuk menjadi seorang penyanyi yang berkualiti, seseorang itu haruslah berusaha keras dan yakin dengan kemampuan mereka untuk menyanyi. Peminat setia pasti tidak sabar untuk menyaksikan siapakah protégé-protégé yang menjadi pilihan Tomok, Akim, Black dan Hazama yang bakal berentap di gelanggang Mentor Milenia kali ini.

Lebih mengujakan, Mentor Milenia 2017 dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, TV3 akan bekerjasama dengan Smule, yang merupakan aplikasi karaoke popular untuk menjayakan Mentor Milenia 2017. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi aplikasi Smule ini.

Menurut kata Encik Kelvin Lim, Pengurus Kanan, Pemasaran TP-Link Distribution Malaysia Sdn Bhd, “Sebagai salah satu program realiti terbesar di Malaysia, Mentor Milenia merupakan sebuah platform yang sesuai untuk mendekati para pengguna kami. Dalam kita menyaksikan bakat-bakat muda ini menyerlah menjadi bintang-bintang baharu, ianya seiring dengan motto Neffos iaitu untuk sentiasa bersama pengguna – di mana Neffos akan berada di setiap langkah perjalanan, memberikan mereka segala keperluan teknologi terkini yang pasti mengubah cara mereka berhubung dengan dunia luar. Sebagaimana Mentor Milenia yang pasti akan mengubah kehidupan 12 individu ini. Kami amat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada program ini dan berharap untuk bekerjasama lagi bersama Mentor Milenia pada masa yang akan datang.”

Mentor Milenia 2017 bakal menyusul di kaca televisyen pada 5 Februari 2017, setiap hari Ahad selama dua jam bermula dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam. Mentor Milenia ini akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.

Lebih seribu orang peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang telah berlangsung selama lima minggu di Horizon Hotel, Kota Kinabalu, Sabah (10 Disember 2016) dan Theatrette Sri Pentas, Bandar Utama (17 & 18 Disember 2016 – Tomok; 24 & 25 Disember 2016 – Black; 31 Disember 2016 & 1 Januari 2017- Akim; 7 & 8 Januari 2017 – Hazama) Menerusi ujibakat ini, pihak penerbitan telah merakam pelbagai aksi lucu dan ragam para peserta untuk diimbas kembali dalam episod pertama Mentor Milenia 2017.

Tiga bakal protégé kepada Tomok, Akim, Black dan Hazama akan membuat persembahan solo mereka di konsert pengenalan pada 12 Februari (Akim & Hazama) dan 19 Februari (Black & Tomok) untuk merebut gelaran protégé. Hanya dua orang protégé akan dipilih oleh mentor masing-masing untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas Mentor Milenia 2017.

Selepas itu, lapan protégé akan dipilih untuk bertanding dalam 9 konsert mingguan bermula 26 Februari yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bagi melayakkan diri ke pentas akhir. Berbeza dengan musim yang lepas, Mentor Milenia 2017 menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu. Manakala Azmeer pula dipilih sebagai penasihat dan Sazlan Mat Adnan atau lebih dikenali sebagai Sazlan, selaku koreografer Mentor Milenia 2017.

Mentor Milenia 2017 juga turut menampilkan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U sebagai pengarah muzik.

MENTOR MILENIA 2017

Keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri profesional dan juri tetap sebanyak 50%, menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% lagi daripada juri awam di studio. Protege yang gagal meraih jumlah markah tinggi akan disingkir. Pada peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Berikut ialah senarai mentor dan para peserta:

Mentor Kriteria Protégé Nama Bakal Protege

 

Mentor Kriteria Protégé Nama Bakal Protege
 

 

Tomok

 

Boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil

Ingin mencuba sesuatu baharu

Mohamad Rozaimi Rosli

(20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)

Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin

(17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)

Adam Malek Shamsuddin

(21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

 

 

Black

 

Bakat pertama, rupa nombor dua

Serba boleh

Boleh menyanyi lagu asli

 

Mohamad Afif Ikmayahya

(20 tahun, Pasir Mas, Kelantan)

Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad

(17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)

Nur Syaheera Abd Aziz

(19 tahun, Shah Alam, Selangor)

 

 

Akim

 

Berani dan fokus

Stail dan gaya tersendiri

Mempunyai misi untuk melangkah lebih jauh

 

Noor Jannah Abu Hanipah

(18 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

Angelica Paujin

(17 tahun, Tambunan, Sabah)

Mohd Farhan Mohd Mustapha

(20 tahun, Kuantan, Pahang)

 

 

Hazama

 

Suara unik,

Boleh berlakon, menyanyi dan main alatan muzik

Mempunyai tahap mental yang kuat

Muhammad Saiful Naim Muhd Noor

(20 tahun, Lunas, Kedah)

Iffah Syahira Ariffen Kamal Ariffen

(21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

Nor Balqis Ahmad Tajudin

(18 tahun. Kemaman, Terengganu)

Krew penerbitan Mentor Milenia diketuai oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit.

Mentor Milenia 2017 bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad selama 30 minit bermula dari 6.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

MENTOR MILENIA 2017

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Filem BRIDE & PREJUDICE Lakonan Aishwarya Rai

Lagu SHAPE OF YOU Ed Sheeran No. 1 Trending di Youtube Malaysia