in

Menangi Kereta & Samsung Galaxy A7 Dalam Peraduan HyppTV HYPPRUSH

Ia kembali! Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV baru-baru ini telah melancarkan peraduan HyppTV HyppRush, bermula 2 Mei 2016 sehingga 31 Disember 2016 yang menawarkan peluang menarik kepada para pelanggan HyppTV untuk memenangi sebuah kereta baharu setiap bulan dan sebuah Samsung Galaxy A7 setiap minggu.

Peraduan Hypptv Hypprush Kembali Dengan Lebih Banyak Hadiah!

Peraduan HyppTV HyppRush ini terbuka kepada semua pelanggan baru dan sedia ada TM yang telah melanggan HyppTV sama ada menerusi UniFi atau Streamyx termasuklah menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.

Tonton HyppTV dan berpeluang untuk membawa pulang sebuah kereta setiap bulan dan
sebuah Samsung Galaxy A7 setiap minggu

Mengulas mengenai peraduan menarik ini, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata,

“Edisi pertama Peraduan HyppRush yang diadakan pada tahun lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana pemenang-pemenang telah memenangi hadiah melancong ke luar negara. Kali ini, peraduan ini kembali lagi dengan menawarkan lebih banyak hadiah termasuk hadiah mingguan, memberikan kepada pelanggan kami yang kini berjumlah lebih 1 juta pelanggan lebih banyak peluang untuk menang! Dengan hanya menonton HyppTV mengikut keselesaan anda di rumah, anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah kereta baharu dan sebuah telefon pintar; ianya sangat mudah!”

“Peraduan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk bukan sahaja memberi ganjaran atas kesetiaan pelanggan kepada perkhidmatan kami, malah juga dapat meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai kandungan bertaraf antarabangsa yang kami tawarkan. Di HyppTV, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan pengalaman pelanggan dan memberikan lebih daripada keselesaan menonton,” tambah Jeremy.

Peraduan HyppTV HyppRush menawarkan peluang kepada pelanggan HyppTV untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dengan penyertaan secara mingguan dan bulanan dengan cara-cara berikut:

Cara untuk menyertai Peraduan Mingguan




1. Tonton saluran HyppTV terpilih dari hari Isnin sehingga Ahad untuk mendapatkan satu (1) kata laluan setiap minggu;
2. Layari lawan web rasmi peraduan HyppTV HyppRush di http://www.tm.com.my/hypprush.
3. Bagi penyertaan kali pertama, penonton perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu;
5. Masukkan kata laluan yang tepat untuk setiap minggu

Cara untuk menyertai Peraduan Hadiah Utama setiap bulan

1. Tonton saluran HyppTV terpilih dari hari Isnin hingga Ahad bagi empat (4) minggu berturut-turut untuk mendapatkan satu (1) kata laluan setiap minggu;
2. Kumpul kesemua empat (4) kata laluan bagi bulan tersebut;
3. Layari laman web rasmi HyppTV HyppRush di http://www.tm.com.my/hypprush.
4. Bagi penyertaan kali pertama, penonton perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
5. Masukkan kesemua empat (4) kata laluan dengan tepat; dan
6. Berikan slogan paling menarik, tidak melebihi 15 patah perkataan di laman web tersebut.

Menjadikannya lebih menarik, hadiah wang tunai bernilai RM100 turut ditawarkan kepada para pelanggan dan kepada orang ramai untuk menyertai peraduan radio HyppTV HyppRush di Hot FM, Fly FM dan One FM. Untuk memenangi hadiah wang tunai ini, pemanggil pertama yang berjaya menembusi talian pada waktu yang ditetapkan perlu menjawab satu soalan mudah dengan tepat. Peraduan radio HyppTV HyppRush akan diadakan dua kali setiap hari bermula hari Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh peraduan.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 114 saluran dengan 46 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 51 saluran premium, 26 saluran percuma, 5 saluran Radio, 10 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang tersedia untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan bagi UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere atau HyppPlay, saluran Video-On-Demand yang menawarkan beberapa siri kandungan yang boleh didapati di HyppTV untuk tontonan menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan HyppTV HyppRush dan cara penyertaan, layari laman web rasmi HyppRush di www.tm.com.my/hypprush.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bonus Percuma Menonton Program Korea Astro Selama 60 hari

7 Cara Orang Kita Jadi Unik di Bulan Puasa