in ,

Ini Cara Untuk Jana Pendapatan Melalui Blog

Budiey selalu diajukan pertanyaan daripada pembaca yang mengenali Budiey, bagaimana nak jadi seorang blogger sepenuh masa dan mendapat pendapatan sampingan melalui blog. Nah! Baca artikel kat bawah ini.

Ramai di antara kita masih tertanya-tanya, kenapa lambakan laman web seperti blog dan forum boleh wujud dalam dunia maya ini. Adakah kerana ramai orang tiada kerja untuk dilakukan lalu mereka suka-suka hati mendirikan laman web? Adakah kerana memang hobi mereka menulis maka mereka mendirikan blog peribadi?

Kebanyakan daripada kami memang gemar menulis. Pada masa sama, melalui penulisan, kami dapat jana pendapatan sampingan.

Menurut satu laman portal, pendapatan blogger tidaklah lumayan seperti “Youtubers” mahupun “Insta-Famous”. Bolehlah sekadar untuk bayar hutang pinjaman kereta Myvi setiap bulan. Maksudnya dalam RM650 sehingga RM800 macam tu la kan?

Bukan mudah untuk anda jadikan blog sebagai punca pendapatan utama. Kami ingin menasihati anda, jangan sesekali jadikan blog sebagai punca pendapatan utama. Jadikan sahaja sebagai pendapatan sampingan.

Persoalannya, bagaimana untuk jana duit melalui blog? Ikuti artikel ini sampai habis.

Apakah opsyen yang ada untuk jana pendapatan melalui blog?

1. Melalui khidmat pengiklanan orang tengah (3rd party) –

Ini adalah teknik jana duit paling digemari dikalangan blogger dan pembangun laman web. Dengan menggunakan khidmat pengiklanan orang tengah ini, anda tidak perlu pening kepala mengurus atau mencari pengiklan yang hendak beriklan dengan anda.

Diantara servis pengiklanan yang dikenali ramai adalah Google Adsense. Manakala di Malaysia, kita juga ada syarikat pengiklanan seperti Innity dan Nuffnang. Dahulunya terdapat banyak syarikat pengiklanan di Malaysia contohnya Advertlets, Mangga Ads dan juga Komli. Kini, kebanyakannya sudah hilang ditelan arus zaman. 

Untuk berdaftar dengan Google Adsense, anda haruslah mewujudkan laman sesawang atau blog yang beretika pada masa sama menjalankan kemaskini konsisten selama 3 bulan minimum. Adakalanya perlu bersabar sehingga 6 bulan, barulah permohonan anda akan diluluskan.

Bagi yang baru bermula, mungkin anda boleh terus cuba mendaftar di Nuffnang kerana keperluan minimanya lebih rendah dan kurang “ketat” berbanding yang lain.

2. Melalui pengiklanan secara terus

Teknik ini juga ada yang menggelarnya sebagai “self-advertising”, “direct-advertising” dan bermacam-macam lagi. Tapi dipendekkan cerita, anda juga boleh menjual tapak iklan secara terus kepada pengiklan yang anda cari sendiri.

Contohnya, anda ada tapak iklan kosong yang belum dipenuhkan, kemudian anda berjumpa secara terus dengan Dato Aliff Syukri bertanyakan adakah beliau mahu beriklan dengan anda?

Itu penjelasan secara ringkas lah. Sebenarnya prosedurnya lebih rumit dan perlu dokumen yang lengkap sekiranya anda ingin mendekati syarikat-syarikat besar.

3. Melalui afiliasi (affiliate)

Selain menjual ruang iklan yang mendatangkan untung melalui paparan iklan dan klik, anda juga boleh menggunakan sistem afiliasi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Sistem ini sebenarnya hampir sama dengan sistem “drop-shipping”. Anda cuma perlu promosikan produk atau pautan link, apabila user beli atau melakukan pendaftaran, anda akan dapat komisyen.

Antara sistem afiliasi yang sesuai untuk blogger di Malaysia ialah afiliasi Involve-Asia. Kami sangat syorkan anda untuk menggunakan sistem afiliasi ini kerana ianya telah lama berada di pasaran. Yang lain-lain tu kami tak pasti.

Anda juga perlu berhati-hati kerana kebanyakan perniagaan afiliasi ini boleh jadi scam. “Common-sense” dan rasionalisasi adalah sangat penting dalam mengenal sistem afiliasi yang tulen atau yang palsu.

Selain itu, akaun afiliasi dengan laman web besar membeli-belah online popular seperti Ebay, Amazon dan Lazada perlu ada dalam senarai anda.

Bagaimana Jana Pendapatan Melalui Facebook?

Ini adalah antara perkara baru dalam dunia blogging. Bermula 2016 Facebook telah memperkenalkan Facebook canvas yang akhirnya telah dimajukan menjadi “Instant-Articles” (sebenarnya masih berkonsepkan Canvas versi artikel).

Melalui Facebook Instant-Articles, anda boleh memohon akaun “Facebook Audience Network” untuk jana pendapatan dari penulisan anda. Pening bukan? Facebook itu, Facebook ini. Penulis juga agak buntu bagaimana hendak jelaskan kepada anda semua. Untuk memudahkan pemahaman anda, lihat senarai di bawah ini :

  • Facebook Instant-Articles = (IA)
  • Facebook Audience Network = (FAN)

Untuk dapatkan akses IA, anda perlukan page Facebook yang memiliki sekurang-kurangnya 10,000 pengikut dan memiliki laman blog yang boleh tahan “sedap” kadar kemasukan trafik pembacanya. Nilai trafik yang tepat tidak pernah dinyatakan oleh Facebook, tetapi dijangkakan lebih kurang 5,000 ke 10,000 pembaca dalam sebulan.

Selepas sudah berjaya dapat akses IA, biasanya memang tak ada masalah untuk anda terus mohon kebenaran jana wang (monetize) melalui FAN. Bila dah berjaya dapat kedua-dua akses/akaun untuk IA dan FAN ini. Anda bolehlah konsisten kemaskini laman blog anda setiap hari sambil jana pendapatan. 

Di akhir artikel ini kami sediakan senarai mudah untuk anda ikuti dan cuba sendiri.

Dari Mana Datangnya Semua Duit Yang Facebook Dan Google Bayar Penerbit (Publisher)?

Lihat gambarajah di atas untuk lebih kefahaman. Pengiklan akan bayar kepada syarikat pengiklanan seperti Google, Facebook, dan Nuffnang untuk menyemarakkan lagi kempen pengiklanan mereka.

Syarikat pengiklanan ini pula akan menggunakan blogger, laman web, publisher dan tapak-tapak iklan di dalam artikel lah untuk memaparkan iklan dari pengiklan tadi. Komisyen akan diberikan berdasarkan perjanjian. Seperti Google, ada perkongsian keuntungan di mana blogger hanya dapat 70% manakala Google dapat 30%.

Checklist Penting Untuk Jana Duit Melalui Blog

1. Pertama sekali kena ada blog. Boleh gunakan platform laman web/blog percuma :

2. Perlu cari servis pengiklanan yang sanggup menerima kita sebagai penerbit iklan. Daftar pengiklanan 3rd party :

3. Boleh juga cuba daftar dengan afiliasi sekiranya permohonan (2) tidak berjaya. Daftar Afiliasi Malaysia :

4. Terakhir sekali baru boleh cuba jana duit melalui Facebook. Kami syorkan ini sebagai opsyen terakhir untuk anda :

Sekian sahaja tips & trick kali ini. Selamat mencuba!

Sumber & kredit: Blog Iluminasi.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem KUNTILANAK 2

Video Promo Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019