in , ,

Video Promo Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019

Selepas DEKADE, penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk tahun ketiga berturut-turut menerusi sebuah konsert INSPIRASI – Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Inspirasi’, konsert ini bertujuan untuk menyuntik semangat, memberi ilham dan berkongsi sumber inspirasi pelantun lagu ‘Jodoh Pasti Bertemu’ dalam mengharungi cabaran sepanjang hidup dan pembabitan beliau dalam industri. Konsert ini juga bertambah istimewa kerana bakal menampilkan buat julung kalinya artis jemputan yang merupakan idola Afgan sendiri, Dato’ Sheila Majid. 

Inspirasi Afgan - Generic Poster

Dianjurkan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini pastinya amat diimpikan peminat Afgan khususnya untuk melihat kolaborasi unggul di antara dua penyanyi tersohor Malaysia dan Indonesia ini.

Video Promo Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019

“Pengaruh muzik Afgan dan kekuatan populariti serta permintaan tinggi dari peminat muzik tanahair antara sebab utama Popcorn Studio memilih untuk menganjurkan konsert ini.

Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan.”

– Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio, Erik Ong

Ini sekaligus membuktikan Afgan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

HGH Convention Centre Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dan peralatan serta teknologi terkini di sana pasti dapat memberi impak dan pengalaman berbeza buat penonton.

“Kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-outkerana pastinya tiada siapa mahu ketinggalan untuk menyaksikan sebuah magis duet di antara Afgan dan idola beliau,”

– Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio, Erik Ong

Tiket konsert telah dijual bermula 25 Jun 2019 (Selasa) dan boleh didapati pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box).

Berita baik buat peminat Afgan, pembeli terawal berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15% untuk pembelian tiket kategori VIP, Gold dan Silver dan tawaran ini adalah terhad.

Manakala pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greetdan minuman ringan sebelum konsert. Sebarang maklumat lanjut, sila layari https://proticket.com.my

Jangan ketinggalan mendapatkan tiket konsert untuk menyaksikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan momen manis dan indah buat semua!

Inspirasi Afgan - Early Bird Poster for Social Media
Inspirasi Afgan -  Seating Plan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ANDI BERNADEE

Ini Cara Untuk Jana Pendapatan Melalui Blog

Artis BBNU Beradu Masak Dengan Peminat Dalam DAPUR BERKUAP