in ,

Biodata Para Pelakon Drama Online Luna Fantasiaku

BIODATA PARA PELAKON DRAMA ONLINE LUNA FANTASIAKU 
 

MIDUS
Ahmad Sakhee atau lebih dikenali sebagai Sakhee, seorang pelakon sambilan yang mula berlakon pada tahun 2005 dalam filem Nana Tanjong. Beliau juga merupakan seorang pelajar sebuah IPTS di Kuala Lumpur. Sakhee yang berusia 25 tahun, memegang watak utama Midus didalam drama bersiri online Luna Fantasiku. Sakhee menyifatkan watak beliau satu watak yang sangat mencabar berbanding watak-watak yang pernah dilakonkan oleh beliau sebelum ini. Beliau juga tertarik dengan jalan cerita Luna Fantasiku yang disifatkan sebagai satu pengalaman baru untuk beliau didalam bidang lakonan. Luna Fantasiku yang banyak menggunakan unsur unsur anime Jepun seperti manga dan juga menggunakan teknik green screen didalam pengambaran begitu mengujakan Sakhee. 
 

LUNA
Berusia 15 tahun, Miera Leyana ialah pemegang watak utama dalam drama bersiri ini. Miera atau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Nana lahir pada 28 Ogos 1993 dan berasal dari Johor. Nana adalah anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Nana yang masih baru didalam bidang seni lakonan memegang watak Luna, seorang gadis yang menawan dan lemah lembut yang telah menarik perhatian Midus. Pengalaman berlakon didalam drama ini merupakan pengalaman pertama Nana didalam bidang lakonan. Nana yang mengakui begitu minat untuk menceburi industri seni tanah air kita ini juga berhasrat untuk menjadikan bidang lakonan sebagai bidang sepenuh masa setelah beliau tamat belajar nanti. Beliau akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.
 
NICO
Samsul Ariffin Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Ariff Muktar berusia 24 tahun dan berasal dari Pahang. Dilahirkan pada 22 Julai 1984, jejaka pendiam ini sudah setahun menceburi bidang seni tanah air. Beliau pernah memegang watak-watak kecil dalam beberapa drama sebelum ini dan menyifatkan peluang berlakon didalam drama online Luna Fantasiku sebagai satu peluang yang amat berharga. Beliau sungguh puas hati mamainkan watak Nico, rakan karib Midus yang lurus bendul. Arif menganggap drama bersiri ini berlainan dari drama-drama yang lain kerana wujudnya karakter anime dan juga elemen fantasi didalam jalan ceritanya. 
 
SARAH
Scha atau Sharifah NurAzreen merupakan pelakon baru yang mula berkecimpung dalam dunia seni kita apabila diberi peluang membintangi beberapa buah filem seperti Antoo Fighter dan juga Histeria. Scha berasal dari Sg. Petani , Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Scha yang kini berusia 25 tahun memiliki diploma dalam jurusan IT dan merupakan seorang pelakon dan model sepenuh masa. Scha berlakon sebagai Sarah, seorang perempuan yang materialistik yang telah menghancurkan hati Midus. Scha juga menganggap drama bersiri online ini sangat menarik kerana jalan ceritanya yang berunsurkan fantasi.

FENDY
Shaz atau Shah Rizal jazli seorang model dan pelakon sepenuh masa telah mula menceburi bidang hiburan sejak tahun 2007.Beliau telah menjadi hos untuk program terbitan RTM pada 2007, drama Mentari Kasih juga terbitan RTM dan kini beliau memegang watak sebagai Fendy dalam Luna Fantasiku. Shaz memainkan watak Fendy dalam Luna Fantasiku, seorang yang jahat, ego dan juga pentingkan diri sendiri. Menyentuh drama bersiri Luna Fantasiku, Shaz begitu teruja untuk mendapat pengalaman berlakon di bawah arahan Aziz M. Osman.

[tags]altantuya, gambar bain wong, kate holmes, gambar gubahan hantaran, edison chen, tammy nyp, memek, fesyen muslim, fashion, juliana evans, video, zana af, teknik mengurat perempuan, tunku tiara, dress up, nurul syuhada, tangkapan jais, amazing race asia, sex melayu[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Happy Birthday Erin Malek

Gambar Pameran Pengantin Malaysia 2008