in

Gambar Pameran Pengantin Malaysia 2008

Pada 5 Julai lalu, Pameran Pengantin Malaysia 2008 Edisi Kelima telah diadakan di Tingkat 3, Dewan 2 & 3, Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Pameran yang julung kalinya diadakan di pusat beli-belah terkemuka itu menyaksikan lebih 150 gerai pameran dengan 100 penyertaan daripada pelbagai syarikat dan butik andaman. Pameran anjuran Urban Vibe Events itu berlangsung tiga hari menyaksikan hampir 100,000 pengunjung membanjiri Dewan Pameran Mid Valley Megamall.

Selain menampilkan pelbagai jenis tradisi perkahwinan di Malaysia yang merangkumi pelbagai kaum, fesyen pengantin juga turut diadakan.

Budiey turut dijemput untuk melihat perasmian pameran ini. Budiey rasa, pameran sebegini dapat mengajar bakal pengantin membuat perancangan perkahwinan termasuk berjimat cermat sesuai dengan krisis kenaikan harga barangan keperluan dan minyak yang melanda negara kebelakangan ini. Zahnita, model terkenal juga turut menjadi peraga bagi fesyen pengantin.

Dengan menampilkan lebih 30,450 kaki persegi ruang pameran dan melebihi 150 tapak-tapak pameran, Pameran ini dijangka akan menjadi pameran pengantin yang paling besar dan meriah untuk tahun 2008. Setiap penggiat-penggiat di dalam industri perkahwinan di Malaysia ini untuk menunjukkan pelbagai produk dan kepakaran-kepakaran masing-masing dengan menyertai kami di dalam pameran ini.

Pengurus Pemasaran Urban Vibe Event, Hafiz Hassan, berkata pihaknya menerima penyertaan daripada pelbagai pihak kerana kepercayaan diberikan sepanjang edisi yang lalu.

“Kebanyakan peserta ialah mereka yang sering menyertai pameran anjuran kami sebelum ini. Namun, kami juga membuka peluang kepada syarikat dan butik andaman yang baru mula bertapak dalam industri perkahwinan agar dapat meluaskan lagi perniagaan. Kami juga dalam perancangan meluaskan lagi penyertaan daripada pemilik yang berkonsepkan etnik Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.”

Para pengunjung ditawarkan dengan tawaran hebat persiapan raja sehari dan sertai acara menarik yang menanti anda!

Pelbagai aktiviti-aktiviti dengan hadiah-hadiah yang menarik telah disediakan. Antaranya ialah Bengkel Sehari bersama Pak Abu, cabutan bertuah dan kuiz yang menyediakan hadiah-hadiah yang menarik seperti pakej fotografi, pakej videografi, 32″ LCD TV dan sepasang cincin perkahwinan. Selain daripada itu, terdapat juga acara pembukaan iaitu majlis perarakan masuk pengantin dengan paluan kompang dan pertunjukan fesyen.

Gambar Majlis Perasmian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Biodata Para Pelakon Drama Online Luna Fantasiaku

Gambar Kaki Artis Yang Teramat Cantik