in

Enam Peserta Layak Ke Bintang RTM 2018 Akhir

Bintang RTM 2018 bakal sampai ke kemuncak pada 7 April 2018 ini. Konsert gilang gemilang ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam yang disiarkan secara langsung di TV2.

Penganjuran Bintang RTM membuktikan vokal dan bakat masih dipercayai untuk menjadikan juaranya muncul sebagai penghibur versatil dalam industri muzik tanah air. Pencarian bakat Bintang RTM 2018 bermula seawal bulan Disember 2017 yang lalu. Pentas akhir bakal menyaksikan keupayaan enam finalis berentap untuk merebut gelaran juara. Enam peserta tersebut terdiri daripada Ferona, Heidi, Hariz, Hafiz, Yasser & Anna.

Bintang RTM 2018 Akhir

Peserta telah diberi tugasan yang berbeza setiap minggu berdasarkan tema dan cabaran. Para peserta juga diuji dengan latihan sebagai persediaan untuk menempah nama ke dalam industri. Pada minggu akhir ini, mereka akan bersaing dalam tiga pusingan diiringi oleh Orkestra RTM yang dipimpin oleh Azman Mustapha.

Pusingan pertama mereka perlu berduet dengan vokalis daripada band terkenal Sevendays, Sakura Band, Drama Band, Projektor Band, I Am Neeta dan Ameer Sofaz menyanyikan lagu secara battle & mash up. Pusingan kedua finalis berpeluang untuk menyampaikan sebuah lagu baharu yang digubah khas oleh komposer terkenal AG Coco, Manusia Putih, Hang Nadim dan Syamel. Pusingan ketiga adalah pusingan battle, peserta lelaki dan perempuan akan menguji vokal masing-masing menerusi lagu yang ditugaskan.

Bintang RTM 2018 Akhir

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 berserta trofi, naib juara RM15,000 berserta trofi dan tempat ketiga RM10,000 berserta trofi. Hadiah saguhati turut diberikan iaitu wang tunai bernilai RM1,000 berserta trofi manakala RM5,000 berserta trofi bagi pemenang kategori persembahan terbaik dan vokal terbaik.

Bintang RTM 2018 masih mengekalkan penjurian berdasarkan juri tetap. Penonton boleh berinteraksi melalui media sosial untuk memberi sokongan seperti melalui Facebook, Twitter dan Instagram. Penjurian diadili oleh tiga juri yang dilantik oleh pihak penerbitan RTM.

Gandingan Aqasha dan Misha Omar sebagai pengacara merupakan satu kombinasi yang julung kali digandingkan dalam industri mendapat respon yang baik di media sosial.

Pentas akhir juga akan diserikan dengan persembahan istimewa daripada artis jemputan Sufian Suhaimi, serta Dato’ Awie dan Ella.

Bintang RTM 2018 Akhir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem DUKUN

Yang Luar Biasa Tentang Rumah Mewah Dato’ Sri Aliff Syukri