in , ,

Big Stage 2019 Minggu Pertama Perkenal Tema Million Views

Selepas menobatkan penyanyi Sarah Suhairi sebagai juara musim pertama tahun lalu, pertandingan nyanyian berkonsepkan program realiti, ‘Big Stage’ yang menampilkan generasi alaf baharu ‘BBNU’ kembali serba baharu untuk musim yang kedua.

Masih mengekalkan konsep asal, penganjuran ‘Big Stage 2019’ juga turut merintis inisiatif membuka ruang perkongsian karya muzik di peringkat antarabangsa kepada penyertaan barisan bintang dari dalam dan luar negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan.

BIG STAGE 2019

Pentas ‘Big Stage 2019’ juga bakal menyaksikan persaingan sengit di antara 12 bintang ‘BBNU’ selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara untuk musim kedua ini. 12 bintang tersebut adalah terdiri daripada enam bintang lelaki; Adzrin, Aziz Harun, Han-Byul, Irfan Haris, Kucaimars, Santesh dan enam bintang wanita; Chaleeda, Dinda Permata, Fieya Julia, Neeta, Sheryl Shazwanie dan Syada Amzah.

Untuk pusingan minggu pertama yang bertemakan ‘Million Views’, kesemua peserta diberi cabaran untuk membawakan kembali sama ada lagu single sendiri atau lagu ‘cover’ nyanyian mereka yang menerima jutaan jumlah tontonan lantas berjaya meraih populariti luar biasa di laman sosial.

BIG STAGE 2019

Adakah persembahan mereka mampu memikat hati barisan juri tetap yang bukan calang-calang iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan?

Nantikan juga kehadiran Mark Adam yang dijemput istimewa untuk memeriahkan pusingan pertama pada minggu ini selaku juri jemputan.

BIG STAGE 2019

Siaran Langsung Konsert ‘Big Stage 2019’ (Minggu Pertama) akan berlangsung pada 18 Ogos 2019 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

I Can See Your Voice Malaysia Bersama Haqiem Rusli Trending di Youtube Malaysia

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem DENDAM PONTIANAK