in ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem DENDAM PONTIANAK

Primeworks Studios Pengedar Rasmi Dendam Pontianak, Filem Seram Merinding Kerjasama Dua Negara.

Primeworks Studios mengumumkan menjadi pengedar rasmi di Malaysia untuk filem seram ‘DENDAM PONTIANAK’ yang diterajui oleh Nur Fazura dan Remy Ishak yang akan berada di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019. Kerjasama ini merupakan yang pertama antara Primeworks Studios dengan syarikat produksi filem dari Singapura, Tiger Tiger Pictures. 

‘DENDAM PONTIANAK’, ialah sebuah filem yang diarahkan dan ditulis oleh Glen Goei dan Gavin Yap, mengenai kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan ‘DENDAM PONTIANAK’, yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan. 

’Pontianak’ dalam mitos negara Asia Tenggara merujuk kepada roh wanita mengandung yang mati ketika sedang melahirkan anak yang dipenuhi dengan dendam. Ia merupakan salah satu cerita dongeng seram Asia yang paling digeruni, tetapi pada hakikatnya Pontianak adalah sebuah kisah tragis tentang cinta dan kehilangan.

Mitos tentang Pontianak ini adalah satu cara yang sempurna untuk menggabungkan elemen yang menjadikannya sebagai sebuah kisah tragis Asia dan menakutkan dan unik untuk tatapan penonton global tentang genre seram. Dengan adanya filem ini, pengarah dapat menghargai filem seram yang ditambah juga unsur revisionism dan kontemporari.

Filem DENDAM PONTIANAK

“Ia sememangnya satu pengalaman yang bermakna dapat berpeluang untuk bekerjasama dengan barisan pelakon yang hebat. Kami juga sangat berbesar hati apabila Primeworks Studios bersetuju menjadi rakan pengedar rasmi filem ini di Malaysia. Semangat dan keupayaan Primeworks Studios memasarkan filem-filem unik membuatkan kami lebih percaya ianya satu langkah dan kerjasama yang ‘ideal’ untuk kami,”

– Glen Goei & Gavin Yap

“Kami di Primeworks Studios sentiasa mahu memperluaskan lagi rangkaian pemasaran dan pengedaran filem kami, ianya sangat penting bagi kami membina hubungan yang kukuh dalam mengetengahkan elemen filem serantau ini.

Kami juga sangat teruja untuk bekerjasama dengan Tiger Tiger Pictures untuk mengedar dan memasarkan filem seram-romantik ini.

Kami juga sangat teruja untuk mempersembahkannya kepada semua penonton dan para peminat di Malaysia untuk menikmati filem yang sangat dinanti-nantikan ini,”

– Puan Nor Shahila Shah, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios.

Turut membintangi filem seram-romantik ini adalah Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah dan Nik Harraz Danish. 

Selain itu, salah satu kelebihan untuk filem ini adalah gabungan krew produksinya yang sangat berbakat dari negara-negara serantau antaranya ialah Penataan Busana oleh Akma Suriati Awang, Penyunting hebat filem Shutter oleh Lee Chatametikool, Penataan Bunyi oleh Akritchalerm Kalayanamitr (pemenang Cannes Palme d’Or untuk Uncle Boomee Who Can Recall His Past Lives), Perunding Visual oleh Christopher Doyle (In The Mood For Love) dan Pengarah Sinematografinya oleh Jon Keng. 

Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga tampil dengan lagu terbaru bertajuk ‘Kekasihku Selamanya’ yang menjadi runut bunyi utama bagi filem ini. 

Berkongsi pengalaman ketika merakamkan lagu ini, ini adalah pertama kali beliau menyanyikan lagu untuk sebuah filem seram yang ia telah dijalankan sekitar tiga bulan lalu.

Menurutnya, lagu tersebut mempunyai aura seram yang tersendiri yang dicipta oleh komposer terkenal Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad.

Dendam Pontianak, mula mengilai di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019.

Untuk info lanjut mengenai ‘DENDAM PONTIANAK’, layari 

#DendamPontianak 

#HanyamuSelamanya

###

Sinopsis DENDAM PONTIANAK

1965, Malaysia. Di sebuah kampung terpencil, Khalid dan Siti membuat persiapan hari pernikahahan mereka. Tidak lama kemudian, anasir jahat mula menyelubungi perkampungan itu apabila berlakunya kematian dan kejadian misteri yang telah mencetuskan ketakutan dan kekecohan di kalangan penduduk kampung. Kejadian tersebut memaksa Khalid untuk mengaku bahawa dia telah membunuh seorang perempuan yang sedang mengandungkan anaknya beberapa tahun lalu, dan kini dia muncul sebagai Pontianak. Khalid telah mengumpulkan semua lelaki di kampungnnya untuk memburu Pontianak itu di hutan akan tetapi adakah pemburuan mereka berhasil?

Pelakon DENDAM PONTIANAK

Nur Fazura sebagai Mina

Remy Ishak sebagai Khalid

Hisyam Hamid sebagai Reza

Shenty Feliziana sebagai Siti

Antara pelakon yang terlibat ialah Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah & Nik Harraz Danish.

Krew

Tunggak utama krew juga terdiri daripada pelbagai negara antaranya dari Singapura, Malaysia dan Thailand termasuk :

Penata Busana| Akma Suriati Binti Awang

Penata Seni | David Manjit (Pulang)

Pengarah Sinematrografi | Jon Keng

Penyunting| Lee Chatametikool (Shutter)

Komposer Muzik|  Paul Searles

Penata Bunyi| Akritchalerm Kalayanamitr (Cemetery of Splendour)

MENGENAI TIGER TIGER PICTURES

Tiger Tiger Pictures adalah syarikat produksi yang beroperasi di Singapura. Syarikat ini telah menerbitkan filem pertama yang dipersembahkan di Festival Sundance arahan oleh Glen Goei – Forever Fever (1998) sekaligus menjadi penanda aras untuk filem ini untuk tayangan global. Forever Fever telah diedarkan di Amerika dan United Kingdom oleh Miramax yang telah ditandatangani oleh Goei dalam sebuah perjanjianthree-picture-dealsecara eksklusif dengan mereka. Tiger Tiger Pictures juga telah menerbitkan filem kedua Goei iaitu The Blue Mansion (2009)yang buat pertama kalinya ditayangkan kepada umum di Festival Filem Antarabangsa Busan dan telah memenangi Filem Terbaik dan Anugerah Pengarah Terbaik di SPH Singapura.

MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS

Primeworks Studios adalah syarikat produksi terkemuka di Asia Tenggara yang bergiat dengan pelbagai pengolahan kandungan kreatif seperti penerbitan TV dan filem, jualan kandungan syarikat, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, pengurusan bakat serta perlesenan dan perdagangan. Ia merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang telah menghasilkan lebih 5,000 jam isi kandungan hebat untuk pelbagai platform televisyen, pawagam dan digital setiap tahun. Juga, sebagai rumah produksi, Primeworks Studios adalah lambang mutu kreatif disamping pelbagai genre termasuklah hiburan, majalah, dokumentari, sukan, dan program drama. 

BIOGRAFI PENGARAH

Glen Goei adalah seorang graduan dari Universiti Cambridge dalam bidang Sarjana Seni Sejarah dan merupakan seorang pengarah filem dan teater di Singapura. Pada 1998, Goei telah mengarahkan sebuah filem bertajuk Forever Fever,yang dipersembahkan di Festival Sundance sekaligus menjadi penanda aras untuk filem ini untuk tayangan global. Forever Fever telah diedarkan di Amerika dan United Kingdom oleh Miramax yang telah ditandatangani oleh Goei dalam sebuah perjanjianthree-picture-dealsecara eksklusif dengan mereka. Filem kedua Goei iaitu The Blue Mansion (2009)yang buat pertama kalinya ditayangkan kepada umum di Festival Filem Antarabangsa Busan dan telah memenangi Filem Terbaik dan Anugerah Pengarah Terbaik di SPH Singapura.

Gavin Yap adalah seorang pelakon, penulis, pengarah teater & filem dan juga seorang produser. Filem arahan pertamanya adalah ‘Take Me To Dinner’ yang telah ditayangkan dia pawagam seluruh Malaysia pada tahun 2014. Di atas minat yang mendalam dengan seni filem beliau kembali dengan filem pendek bertajuk ‘The Incredibly Strange Tale Of The Man Who Lost His Love But Bought It Back With A Packet Of Duck Rice’ yang telah tepilih di Anugerah Blencong pada Festival Filem Antarabangsa Jogja-Netpac 2015. Filem pendek ini boleh ditonton di YouTube melalui saluran Doghouse73 Pictures’. Karya terbaru beliau adalah ‘KL24: Zombies’ yang telah disiarkan di YouTube pada tahun 2017 dan telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Big Stage 2019 Minggu Pertama Perkenal Tema Million Views

Peraduan Menyanyi di TikTok & Menangi Sesi Rakaman Penuh di Studio