in ,

Baki Zainal Kini Jadi Penyampai Radio Suria FM

Suria FM memulakan tahun baru 2015 dengan memperkenalkan seorang penyampai terbaharu segmen Ceria Pagi iaitu Baki Zainal. Baki Zainal, satu nama yang tidak asing lagi dalam industri akan menemani Adibah Noor pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Baki Zainal pernah menjalankan tugas pertamanya sebagai penyampai radio pada tahun 2014 ketika bersama Adibah Noor selama sebulan di segmen Ceria Pagi bagi menggantikan Halim Othman yang mengikuti Kamilah Malaysia Tour ketika itu.

Halim Othman yang sebelum ini mengemudi segmen pagi di Suria FM kini telah beralih tumpuan untuk ke segmen sukan, Grandstand Suria pada setiap hujung minggu.

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin:

“Baki dan Adibah adalah kombinasi terbaik untuk Ceria Pagi. Pengalaman dan personaliti mereka bersesuaian dengan sasaran pendengar yang berumur 25 hingga 39 tahun. Selain itu, keserasian diantara kedua-duanya adalah permulaan pagi yang baik buat semua pendengar.

“Bekerja dengan Adibah Noor dan menyertai keluarga Suria FM memberikan impak baru dalam hidup saya. Kami akan berkongsi kegembiraan bersama dengan pendengar dan itu membuatkan saya cukup teruja. Ceria Pagi adalah segmen pagi yang tidak mungkin anda lepaskan”, kata penyampai radio terbaharu Ceria Pagi, Baki Zainal.

Di samping mempunyai penyampai radio terbaharu, Suria FM juga memperkenalkan beberapa segmen terbaharu dimana ia pastinya menghiburkan. Antaranya ialah Suria The Musical dimana ia mengajak pendengar untuk mencipta lagu mereka sendiri dan akan dikongsi di Suria FM. Selain itu, ada juga segmen Bunyi Gitar Suria dimana ia akan menguji ketangkasan pendengar meneka lagu kegemaran mereka dengan hanya petikan gitar.

Pendengar juga boleh berinteraksi bersama dengan Adibah Noor dan Baki Zainal menerusi segmen Tajuk Utama Anda, dimana mereka akan berkongsi perkara-perkara menarik keudara. Untuk pelbagai maklumat menarik, layari www.suriafm.com.my dan juga www.facebook.com/SuriaFMMalaysia.

Baki Zainal Kini Jadi Penyampai Radio Suria Fm

Adibah Noor &Amp; Baki Zainal_2

Adibah Noor &Amp; Baki Zainal_1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Paris Hilton Akan Terbang Ke Malaysia?

Tayangan Premiere THE WEDDING RINGER With BudieyBuddies