in ,

Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?

[dropcap]S[/dropcap]usulan foto yang dimuat naik Alyah dalam Instagramnya baru-baru ini, sekali lagi menimbulkan pelbagai spekulasi. Ramai yang menganggap penyanyi Kisah Hati itu sudah bersedia mendirikan rumah tangga tatkal melihat foto tersebut. Gambar yang menunjukkan Alyah seolah-olah berada di hadapan sebuah rumah, mengundang persepsi nakal kononnya itulah rumah baru dia bersama bakal suaminya.

Dalam sebuah akhbar hari ini, Alyah menafikan gambar itu ada kaitan dengan spekulasi kononnya dia sudah bersedia berkahwin dengan lelaki yang selama di digosipkan dengannya iaitu pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS.

“Saya sedar timbul spekulasi berdasarkan komen yang diberi berhubung gambar itu. Lokasi dalam gambar itu bukan rumah Ramli. Ia tidak ada kena mengena dengan isu saya berpindah rumah kerana mahu mendirikan rumah tangga. Kalau benar pun saya mahu berpindah, kenapa perlu ke rumah dia? Kebetulan, ibu saya di kampung juga mahu berpindah rumah.”

Alyah memberitahu dia terpaksa menutup akaun Twitter apabila mula merasakan laman sosial itu mengganggu fikirannya. Sekarang ini dia hanya berkongsi momen manis bersama peminat menerusi Instagram.

Sebelum ini ada artikel di sebuah majalah hiburan memetik Alyah memanggil Ramli sebagai teman lelaki. Sekaligus, pengakuan itu memakan kerana sebelum ini mereka bermatian menafikan dakwaan bercinta.

“Disebabkan itulah saya kena lebih berhati-hati apabila mengulas tentang hal ini. Ramai yang salah tafsir dan menulis bukan dari mulut saya. Sudahnya, nama saya jadi buruk. Cukuplah saya buat emak menangis sebelum ini, saya tak dia menangis lagi.. Saya perempuan tak elok saya mengulas perkara ini. Saya tak mahu dituduh terhegeh-hegeh.”

Alyah juga tak memberi komen apabila ditanya adakah Ramli MS marah gara-gara istilah teman lelaki itu.

Terbaru, Alyah kini sedang sibuk untuk merakam album terbaru. Album ini dijangka mengandungi semua single popular termasuk single terbaru berjudul Permata, duet bersama peserta Idola Kecil, Ben.

Bersama Alyah di Majlis Berbuka Airasia. Alyah perform lagu Lena Sahara

Budiey bersama Alyah di Majlis Berbuka Airasia. Alyah perform lagu Lena Sahara di majlis ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Synopsis That Winter The Wind Blows

Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang