in , ,

BERSAMA TOGETHER FEATURING NORA DANISH PENCALONAN BARU MUZIK-MUZIK

Tentu sekali korang semua mengenali IZ OIAM2 yang telah melancarkan dan menerbitkan EP beliau sendiri yang bertajuk GONNA BE ALRIGHT pada Ogos lepas di Bangkok Jazz kan?

Terkini, Budiey dapat tahu yang Single kedua berbahasa Melayu hasil gubahan dan liriknya oleh IZ sendiri yang bertajuk BERSAMA TOGETHER Ft. Nora Danish ini akan dicalonkan sebagai pencalonan baru MUZIK-MUZIK pada Khamis, 16 Oktober 2008, 5.30 Petang TV3 bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Korang semua dijemput beramai-ramai untuk hadir memeriahkan suasana di studio dan menyaksikan persembahan IZ dan beberapa artis yang lain.

Single ini telah menjalani proses rakaman di dua negara. Susunan muziknya telah dirakamkan di ADM Studios, Sydney, Australia manakala rakaman vokal IZ pula dijalankan di The Ark Studios, Kuala Lumpur oleh Pemenang Anugerah Rakaman Album Terbaik AIM15, Nick Lee.

Selain radio-radio tempatan, lagu single ini juga sedang rancak berkumandang di RiaFM Singapura dan juga di Brunei.
 
Lagu ini boleh didengar di sini:

Bersama, Together Feat. Nora Danish [Malay Single] – IZ

 
Muzik & Lirik: IZ OIAM2
SONY BMG Music Entertainment (Malaysia) | IzWorkz Sdn. Bhd.
[www.iz-one.com]
[http://www.imborntosingsongs.blogspot.com]
Verse 1
1-Cintaku tidak mahu, pergi dari mu
2-Mindaku, tidak mahu, berubah dari mu
3-Katalah apa saja, aku tak endah
4-Kau kata sudah
5-Kau kata jemu
6-Kau kata, kau tidak mahu
 
Pre-Cho
7-Di mana sembunyi hati mu?
8-Ku mahu kenali nya
9-Berikan lah aku peluang
10-Untuk-ku terus menyinta
 
Chorus:
11-Kupeluk mu sepanjang malam
12-Dengarkan lah lagu ku ini sayang, bersama together
13-Lena di bawah pepohon, sang rembulan
14-Khayal menikmati kerdipan bintang, alone here together
 
Verse 2
15-Bukalah pintu hati mu, ku hapus segala derita
16-Oh sayang, biarku, pimpin tangan mu, langkah ke dunia indah
17-Jangan lah kau takut, buang lah gundah
18-Hasrat cinta kan membara…. ke hujung masa….
 
Pre-Cho
19-Dimana sembunyi hati mu
20-Ku mahu kenali nya
21-Berikan lah aku peluang
22-Untuk terus menyinta
 
Chorus:
23-Kupeluk mu sepanjang malam
24-Dengarkan lah lagu ku ini sayang, bersama together
25-Lena di bawah pepohon, sang rembulan
26-Khayal menikmati kerdipan bintang, alone here together
 
NORA DANISH: Bukan aku tidak mahu… Tetapi kau bukan lah untuk ku… Kau mungkin bertanya… Mengapa aku tidak pernah menghiraukan mu… Kerana… aku sudah berpunya… Kerana aku sudah ada yang cinta… Mungkin kita kan bertemu… Bersama, Together… (Continue Chorus)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Leez AF, Razali Husin, Roslan Salleh Dalam Drama Setulus Kasih Abah

Gambar Pelakon Penyanyi Elyana Pakai Tudung Cute