in

Leez AF, Razali Husin, Roslan Salleh Dalam Drama Setulus Kasih Abah

SLOT FRAGMEN : SETULUS KASIH ABAH MULAI 17 OKTOBER 2008, SETIAP JUMAAT, JAM 11.05 PAGI DI RTM1

Sebagai menghargai golongan bergelar bapa, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan drama bersiri 13 episod, Setulus Kasih Abah mengisi slot terbaharu saluran RTM1, Fragmen mulai 17 Oktober 2008, setiap Jumaat, jam 11.05 pagi.

Setulus Kasih Abah yang diyakini mampu menambat hati golongan tontonan seisi keluarga hujung minggu ini mengisahkan lontaran sikap serta kemuliaan hati seorang lelaki separa usia dikenali Datuk Zairul. Meski pun bergelar ahli perniagaan berjaya dan statusya, dia tidak pernah lupa daratan dan tidak pernah membezakan individu di sekelilingnya dengan kekayaan yang dimilikinya.

Razali Hussin

Sebaliknya pula dengan sikap isterinya, Datin Zita yang angkuh dan bongkak dengan kekayaan yang melimpah ruah dalam hidupnya. Malah Datin Zita sanggup bersembunyi di sebalik bayangnya sendiri dengan menghadiri majlis amal kebajikan anak-anak yatim sedangkan hakikatnya dia hanya berpura-pura murah hati untuk mengaburi mata orang lain.

Hinggakan satu hari Datin Zita menolak sekeras-kerasnya pilihan jodoh anak tunggalnya, Zuraidah untuk berkahwin dengan pemuda kampung yang dianggap tidak setaraf dengannya dikenali sebagai Zamri. Malah Datin Zita sanggup memalukan rombongan meminang oleh Zamri dengan menghalau mereka bagaikan peminta sedekah.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan Datuk Zairul yang sememangnya sanggup menerima pilihan anak tunggalnya apatahlagi bila mengetahui kesungguhan cinta mereka. Malah Datuk Zairul menyenangi sikap Zamri yang bersemangat waja dan mempunyai visi mahu memajukan diri untuk memohon bantuan kerajaan di bawah skim Program Usahawan lokal.

Sebenarnya Datin Zita sudah merancang untuk menjodohkan Zuraidah dengan Helmi, anak kenalannya yang dianggap sepadan dengan status keluarganya. Manakala dalam diam Datuk Zairul pula mengaturkan majlis pernikahan secara rahsia antara Zuraidah dengan Zamri di luar pengetahuan Datin Zita.

Kemudiannya Datuk Zairul mengajak isterinya berpindah dan menetap di Dubai atas alasan tuntutan kerjanya mengusahakan projek baru di negara itu. Setelah sembilan tahun berlalu, mereka kembali semula ke tanah air. Ketika itu Datuk Zairul terus menghubungi Zuraidah dan Zamri yang sudah memiliki anak lelaki diberi nama Zakir, 7 tahun.

Di depan suaminya, Datin Zita pura-pura menerima kehadiran Zuraidah dan keluarganya, namun rupa-rupanya niat jahat Datin Zita sejak sembilan tahun lalu tidak pernah berakhir. Dia cuba mendapatkan bantuan Lufti untuk menculik Zuraidah dan Zakir.

Tetapi malangnya Lufti membelot terhadapnya dengan meminta wang tebusan RM 50 juta sebagai tebusan. Ketika itu terbongkar komplot dilakukan Datin Zita yang benar-benar mengecewakan Datuk Zairul.

15 tahun kemudiannya, Zakir telah meningkat dewasa dan bersahabat baik dengan Cynthia, anak sahabat baik ayahnya, Ah Seng. Dalam diam gadis itu menaruh hati terhadap Zakir. Tetapi Zakir pula sudah mempunyai pilihan hati iaitu Afia, wartawan yang telah menemubualnya sebagai tokoh usahawan berjaya. Zakir mahu berkongsi berita gembira itu dengan datuknya, Datuk Zairul.

Tetapi segala yang berlalu di luar jangkaan. Masih adakah kesempatan untuk mereka sekeluarga berkongsi berita itu atau pun ajal telah terdahulu menjemput Datuk Zairul yang berhati mulia itu? Bagaimana pula kesudahan bagi Datin Zita yang bongkak itu?

Setulus Kasih Abah terbitan Wayang Tinggi Production ini dijayakan wataknya dengan berkesan oleh Razali Husin, Roslan Salleh, Anne Abdullah, Lis Rosli dan Qazem Nor.

Usah lupa janji temu anda untuk berkongsi kisah kemuliaan hari seorang bapa menerusi drama bersiri Setulus Kasih Abah mengisi slot terbaharu saluran RTM1, Fragmen mulai 17 Oktober 2008, setiap Jumaat, jam 11.05 pagi.

Anne Abdullah

Leez Rosli

Qazem Nor

Roslan Salleh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOM SERTAI PLAN TERBARU CELCOM: S.O.X

BERSAMA TOGETHER FEATURING NORA DANISH PENCALONAN BARU MUZIK-MUZIK