in

Bersama Normala Samsudin di TV1

BERSAMA NORMALA SAMSUDIN, PROGRAM MAJALAH DISIARKAN SETIAP AHAD, JAM 3.05 PETANG DI TV1

Setiap wanita tidak dapat dipisahkan daripada berbicara soal kecantikan samada secara luaran mahu pun dalaman yang dapat dijadikan daya tarikan di samping pada masa sama mencetuskan kepuasan dalam diri sendiri apabila sentiasa tampil cantik dan memikat terutama bila berhadapan dengan insan tersayang. Begitu juga kepentingan berfesyen di kalangan wanita yang semakin diutamakan golongan wanita yang bekerjaya mahupun suri rumahtangga kini.

Prihatin terhadap isu yang dipandang serius golongan wanita itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program majalah Bersama Normala Samsudin pada setiap hari Ahad, jam 3.05 petang di TV1.

3542264343 Be820D46Ae O | 4

Bersama Normala Samsudin menerusi 3 segmen yang ditampilkan melibatkan segmen  Kecantikan Luaran, Kecantikan Dalaman dan Kecantikan Spiritual yang cuba mengupas dengan lebih mendalam topik diketengahkan selain memberikan tips-tips berguna menerusi setiap episod siarannya.

Episod-episod menarik yang dihidangkan khas kepada penonton bermula episod pertama, Wanita Menuju Gerbang Perkahwinan – Pelamin Pilihan dan Pakaian Pengantin yang disiarkan 17 Mei 2009 yang lalu. Kemudiannya bakal menyusul antaranya episod Wanita Menuju Gerbang Perkahwinan – Persiapan Diri, Wanita dan Fesyen Kontemporari, Wanita dan Fesyen Muslimah, Kesuburan dan Kehamilan, Mata, Wanita Selepas Bersalin – Lain-lain Bangsa, Wanita Selepas Bersalin – Melayu, Wanita dan Slimming Moden, Wanita dan Slimming Tradisional, Wanita dan Teknik Kecantikan Tradisional, Wanita dan Teknik Kecantikan Moden, Kulit Bermasalah, Obesiti dan Keganasan Terhadap Wanita.

Menerusi episod Wanita Menuju Gerbang Perkahwinan – Persiapan Diri pula pastinya menarik golongan bakal-bakal pengantin wanita yang sedang mempersiapkan diri untuk tampil berseri dan cantik di hari bahagia bergelar raja sehari. Malah episod ini turut mengundang pelakon Catriona Ross yang akan membelai dirinya di Spa pilihan dengan rawatan mandi susu, kuku dan urut tradisional di samping menerusi segmen kecantikan dalaman yang akan memaparkan penjagaan kesihatan bakal pengantin, tidur yang cukup serta tips-tips pemakanan berkhasiat yang boleh dijadikan panduan selain segmen kecantikan spiritual yang menerapkan petikan hadis.

Kemudiannya menyusul episod yang merakamkan fesyen komtemporari terkini yang bersesuaian dengan wanita hari ini. Malah menerapkan pemilihan fabrik dan gaya si pemakai berserta ciptaan pereka terkenal iaitu Chandrasekaran dan Amir Lokman. Turut menampilkan tinjauan pendapat artis terkenal seperti Fara Fauzana, Maya Karin, Kenchana Dewi, Niki, Marsha dan Zahida Rafik mengenai fesyen tanahair. Juga memberikan tips pakar pemakanan untuk tubuh kekal langsing yang dapat menyerlahkan pakaian yang dipakai.

Begitu pun program ini tidak terlepas pandang untuk merakamkan episod fesyen muslimah terkini yang berada di pasaran bersesuaian dengan wanita hari ini malah berkesempatan meninjau pendapat artis terkenal tempatan iaitu dari Butik Faiz dan Butik Safira selain berkongsi pengalaman artis Aida Radzwill ketika kali pertama beliau mengenakan busana muslimah. Menariknya juga episod ini diserikan dengan kemunculan Ekin yang merakamkan teknik pemakaian tudungnya yang menjadi ikutan masa kini.

Malah menerusi 26 episod siarannya, program Bersama Normala Samsudin turut mempelbagaikan isu di ketengahkan melibatkan kupasan topik mengenai kesuburan dan kehamilan, mengenai mata yang berbentuk pengajaran termasuklah apa sahaja yang ada ingin ketahui tentang mata, penjagaan wanita Melayu dan bukan Melayu selepas bersalin yang menemuramah bidan Cina dan India untuk mengetahui cara mereka berpantang dan menjaga bayi selepas bersalin termasuk juga bidan Melayu yang menyentuh amalan memakan jamu, berurut, bertungku dan sebagainya.

Malah kepada penonton yang ternanti-nantikan tips-tips percuma untuk menjaga bentuk badan yang cantik dan kekal langsing selari dengan teknik rawatan moden dan tradisional juga boleh mendapatkannya menerusi program ini. Begitu juga diketengahkan teknik-teknik kecantikan model dan tradisional yang popular di kalangan wanita tempatan masa kini.

Justeru kepada golongan bergelar wanita, usah ketinggalan mengisi waktu senggang petang hujung minggu anda dengan menyaksikan Bersama Normala Samsudin pada setiap hari Ahad, jam 3.05 petang di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADLI DAN REEN BERJAYA KE SEPARUH AKHIR BINTANG RTM 2009

Hak Penjagaan Anak Ac Mizal Disebut Semula 11 Ogos