in ,

Hak Penjagaan Anak Ac Mizal Disebut Semula 11 Ogos

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menetapkan tarikh 11 Ogos depan untuk sebutan semula bagi permohonan pelakon dan hos Akademi Fantasia, AC Mizal untuk mengubah hak penjagaan anak daripada bekas isterinya, Shafnie Zainudin.

Selain itu, peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal turut meminta tarikh sebutan yang sama untuk menyampaikan permohonan perintah tegahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung perkara yang bertentangan prosiding.

Hakim syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Zaky Mohammad menetapkan sebutan semula kes pada 11 Ogos ini.

Siti Aishah semasa perbicaraan berkata, pihaknya telah menerima satu salinan pernyataan pembelaan (daripada peguam Shafnie) dan berhasrat untuk memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut.

3543045908 Ef1Efa07Ee O | 4

AC Mizal ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. -foto mStar oleh AU YEONG HOW

“Selepas diteliti, pihak kami berhasrat untuk memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut. Mohon tarikh sebutan untuk pihak kami menjawabnya,” katanya.

Disember tahun lalu, AC Mizal selaku plaintif telah mengemukakan permohonan untuk mengubah perintah hak penjagaan.

3542239799 A539Daea3C O | 5

Shafnie Zainudin juga hadir ke mahkamah pada hari ini.

Merujuk kepada Perintah Tegahan pula, Siti Aishah berkata, pihaknya telah membuat pindaan dengan memasukkan pihak-pihak berkaitan sebagai responden tetapi ia belum diserahkan.

“Jadi, mohon dilanjutkan (masa) untuk disampaikan kepada pihak-pihak terlibat… Mohon tarikh mention (sebutan) yang lain,” katanya.

AC Mizal dan Shafnie telah bernikah pada 24 Jun 1995 sebelum bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001. Pasangan tersebut mempunyai dua anak iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bersama Normala Samsudin di TV1

Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya