in

LoveLove CuteCute SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Perbankan Online Kelebihan Gaya Hidup Moden

Perbankan Online: Kelebihan Gaya Hidup Moden

Bagi kebanyakan kita, menjalani kehidupan serba pantas mungkin memberi tekanan serta keletihan. Kemajuan teknologi yang pesat membangun serta melengkapi setiap aspek kehidupan kita tidak menjadikan hidup kita selesa dan memuaskan. Dalam gaya hidup dengan kemodenan serba pantas telah menjadi satu kebiasaan, seseorang itu haruslah menjangkakan gaya hidup yang maju. Namun, keadaan sebaliknya mungkin berlaku.

Dengan pelbagai tanggungjawab memenuhi kehidupan seharian kita, ramai individu mendapati menyeimbangkan kerjaya serta menjalankan tugas seharian amat mencabar, terutama sekali bagi mereka yang berasal dari kawasan bandar. Pada mereka, masa adalah sesuatu yang berharga dan tidak boleh dibeli, lalu ia membawa maksud baharu kepada pepatah “Masa itu Emas” kerana ia telah mengubah taraf kehidupan seseorang.

Senario ringkas seperti tersangkut di dalam kesesakan jalan raya atau berbaris dalam barisan yang tidak bergerak pasti merupakan pengalaman yang pahit kepada sesiapa saja. Malah, perjalanan 10 minit ke bank juga boleh menjadi perjalanan yang pahit dengan menempuh kesesakan jalan dan mencari tempat letak kereta sebelum berlari mendapatkan nombor giliran di kaunter.

Online Banking

Dengan pelbagai had kepada gaya hidup serba pantas terutama sekali di dalam konteks perdagangan dan perbankan, pasti ramai yang mengimpikan supaya setiap urusan serta tugas dapat diselesaikan dalam sekelip mata. Bukankah elok jika segalanya semudah satu klik dan ia dapat menjimatkan masa dan tenaga?

Perbankan internet dan e-dagang telah berkembang pesat sejak kali pertama ia diperkenalkan. Walaupun sudah kurang menjadi sebutan berbanding 10 tahun lalu ketika konsep ini diperkenalkan, kemajuannya selama ini telah memberi kesan kepada jutaan insan, malah memberi kemudahan serta meringkaskan hidup.

Menurut beberapa penyelidikan tentang pandangan pelanggan terhadap perbankan online, ramai yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini bagi menyelesaikan keperluan kewangan mereka disebabkan kelebihannya yang mudah dan fleksibel. Sehingga kini, masa telah menjadi faktor penyumbang utama kepada keperluan penggunaan perbankan online.

Sistem perbankan digital memberikan pelbagai kelebihan dan aplikasi yang dapat diperoleh dengan serta merta dan mudah. Transaksi, pembayaran pinjaman serta urusan kewangan yang lain boleh diselesaikan tanpa menggunakan sebarang tenaga fizikal mahu pun mental. Ia menjimatkan masa dan tenaga! Tidak disangkal lagi perbankan online adalah kaedah yang datang bersama kelebihan istimewa.

Pakar dalam bidang perbankan dan perdagangan menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang dianggap sebagai faktor sekatan kepada perkembangan perbankan online, misalnya seperti kepercayaan, keselamatan online, jantina dan pendidikan. Namun, semakin kita berhadapan dengan kesan positif teknologi baru, kemunculan internet sebagai medium maklumat dan perkhidmatan utama juga memberi kesan membangun terhadap gaya hidup kita. Kesannya, daya tarikan terhadap perbankan internet kini bertambah positif lalu menjadikan perbankan online sebagai kaedah yang digemari dan relevan untuk menyelesaikan urusan kewangan.

Kini rakyat Malaysia juga menyedari kelebihan perbankan online. Dalam gaya hidup mereka pada masa kini, media sosial secara online telah menjadi kemestian kepada generasi muda lantas menyaksikan peningkatan dalam penggunaan perbankan online berbanding sebelum ini. Ternyata mereka semakin menerima ciri-ciri perbankan online kerana kemudahan yang ditawarkan untuk menyelesaikan urusan kewangan secara serentak, walaupun untuk melakukan transaksi, penyata laporan atau membeli-belah secara online.

Memberikan pandangan peribadinya tentang perbankan digital, Daniel Tok adalah pengguna utama perbankan digital yang telah menerima sistem ini sepenuhnya. Dia merasakan ia telah mengubah gaya hidupnya menjadi lebih baik.

“Saya berpendapat perbankan digital telah mengalami evolusi dan berkembang mengikut keperluan pengguna,” jelas pengurus sokongan IT berusia 33 tahun. “Bukan saja ia memberi perkhidmatan serta merta dan pantas, tetapi ia merupakan penyelesaian mudah untuk saya kerana saya perlu sentiasa berada di pejabat untuk bekerja. Ia memberikan saya kemudahan tanpa batasan dan menjimatkan masa saya, kerana saya tak perlu membazir masa memandu di dalam kesesakan atau mencari tempat letak kereta untuk melakukan urusan di bank.”

“Rasanya penggunaan perbankan online semakin tersebar kerana ia kekal relevan kepada pengguna,” ujar Mervin Dass, seorang eksekutif akaun. “Dalam bidang yang saya ceburi, saya dapati perkhidmatan online ini amat mudah dan ia sesuai dengan gaya hidup saya, terutama sekali ia memudahkan saya membayar pinjaman, menyemak laporan penyata dan memindahkan wang.” Tambahnya lagi, “Hari ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan daripada membayar bil dan cukai, sehinggalah kepada membeli barang dan tiket wayang serta penerbangan. Prosesnya mesra-pengguna dan segala urusan perbankan saya selesai dengan menekan butan tetikus sahaja! Tak perlu beratur lagi!”

Vasenta Selvanayagam, seorang penulis online memang percayakan perbankan digital. “Perbankan online adalah kelebihan yang praktikal buat saya, keluarga dan rakan-rakan. Ia mengurangkan tekanan hidup saya kerana saya tahu saya boleh bergantung kepada kemudahan ini untuk menguruskan hidup saya. Saya rasa seperti berhubung dengan seluruh dunia melalui sistem ini,” katanya.

Daniel menegaskan bahawa, walaupun perbankan digital dan e-dagang semakin popular, masih ramai lagi yang tidak sedar akan kemudahan serta kesannya kepada hidup mereka. Antara contoh yang disebutnya adalah orang ramai masih tidak sedar betapa mudahnya e-filing untuk cukai pendapatan, tanpa mengetahui mereka boleh membayar jumlah berlebihan yang tertunggak melalui system ini.

“Terdapat banyak ciri-ciri yang disediakan oleh perbankan digital untuk pengguna supaya mereka boleh bersenang-lenang menjalankan urusan lain,” katanya. “Beratur di bank adalah isu masa silam. Kenapa ada yang ingin bersusah-payah untuk berada di 10 buah tempat berbeza bagi melakukan 10 perkara berbeza, sedangkan mereka boleh mengakses apa yang diperlukan dengan satu klik!” jelasnya lagi.

Perbincangan perbankan internet berdasarkan perwatakan dan penerimaan pengguna menunjukkan perbankan internet mencerminkan keperluan pengguna untuk menguruskan kewangan dengan pantas, mudah dan lebih penting selamat. Apa yang menarik adalah ia juga mencerminkan budaya kemajuan teknologi dan gaya hidup kita. Kita harus akui bahawa perbankan online adalah revolusi untuk kita maju ke hadapan bagi meningkatkan taraf hidup kita.

Alami kemudahan perbankan digital hari ini! Kunjungi cawangan Maybank berhampiran anda dan aktifkan akaun Maybank2u anda sekarang. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.maybank2u.com

iPad-m2u

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ning Baizura

Berita Ning Baizura Sah Hamil

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Maxis 2012