in , ,

Tekak Masih Bengkak, Nabila Razali Sedia Nyanyi Kalau OK di Separuh Akhir Muzik Muzik 35

Selepas saingan hari ketiga ditunda berikutan salah seorang finalis disahkan positif Covid-19, penyanyi Nabila Razali bersedia menyanyikan sendiri lagu Peluang Kedua di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35).

Namun menurut laporan Kosmo! Online, perkara tersebut bergantung kepada tahap kesihatan penyanyi berusia 28 tahun itu, kata pengurusnya Mohd. Asrul Abdul Talib.

“Kita akan melihat keadaan kesihatannya pada masa itu. Jika pulih sepenuhnya, besar kemungkinan Nabila sendiri akan buat persembahan.

“Sejak awal lagi, dia mahu menyanyikan sendiri lagu berkenaan, tapi masalah kesihatannya yang agak serius membuatkan pengurusan ambil keputusan supaya dia menarik diri,” 

– Mohd. Asrul Abdul Talib
Nabila Razali Lancar MV Rasmi PELUANG KEDUA Pilih MK K-Clique Sebagai Hero!

Difahamkan, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali itu mengalami masalah nodules iaitu sejenis penyakit berkaitan pita suara dimana masih mengalami bengkak pada bahagian tekak dan dalam proses untuk sembuh.

“Nabila tarik diri bukan suka-suka. Dia mendapat saranan daripada guru vokal seperti Datuk Syafinaz Selamat dan juga doktor pakar agar menarik diri daripada bertanding,” ujarnya.

Terdahulu, Nabila menarik diri dari SFMM35 yang sepatutnya berlangsung Ahad lalu sekali gus mengundang kecewa segelintir peminat bagi melihat penyanyi itu sendiri menyanyikan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu.

*Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berikut Senarai 40 Syarikat Produksi Terima Dana Kandungan Kreatif (DKD)

Alif Satar Hilang Deria Bau, Ibu & Ayah Sudah Bebas dari Covid-19