Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Berhubung Dengan 88GB Hotspot Percuma & Kuota Internet 88Gb Percuma

Kekal Selamat Dan Kekal Berhubung Dengan 88Gb Hotspot Percuma Dan Kuota Internet 88Gb Percuma Daripada CELCOM XPAX!

Dalam semangat bersatu-padu dan saling menyokong sesama kita di saat negara sedang berusaha mengawal pandemik COVID-19, Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus komited untuk menyokong pelanggan dengan ganjaran hebat dan pakej yang berpatutan, ketika mereka berada di rumah dalam tempoh yang mencabar ini. 

Di samping itu, sambutan Tahun Baru Cina yang dinanti di seluruh negara turut mendorong Celcom untuk menyediakan pengalaman digital terbaik di rangkaian 4G yang terluas serta tawaran eksklusif seperti kuota ‘hotspot’ 88GB PERCUMA dan kuota internet berkelajuan tinggi 88GB PERCUMA kepada pelanggan prabayar.  Manakala pelanggan pascabayar Celcom MEGA Family Lines boleh menikmati pilihan fleksibel ‘Mix and Match’iaitu mana-mana 2 model telefon pintar, termasuk telefon pintar 5G dengan langganan pelan pascabayar mereka. 

Mulai hari ini sehingga 15 Mac 2021, Celcom Xpax menawarkan PERCUMA 88GB kuota Hotspot, yang sah selama 3 hari, bagi semua pelanggan prabayar yang baru melanggan pelan Celcom Xpax dengan pas Internet Tanpa Had RM12 Mingguan atau Tanpa Had RM35 Bulanan melalui aplikasi Celcom Life! 

Pelanggan prabayar yang sedia ada dengan Pas Internet 7-hari, 14-hari, atau 30-hari, akan menikmati kuota internet berkelajuan tinggi 88GB PERCUMA sah selama 3 hari melalui just4ME di aplikasi Celcom Life. Pelanggan Celcom Xpax dengan Pas Internet Tanpa Had juga boleh menikmati kuota Hotspot 88GB hanya dengan RM8.80  sah selama 8 hari. 

Selain itu, kesemua pelanggan prabayar Celcom Xpax boleh menyertai misi yang mudah melalui aplikasi Celcom Life bagi memperolehi ganjaran segera, dan terus memenuhi lebih banyak ‘misi’ untuk melayakkan mereka bertanding dan memenangi sebuah iPhone 12 Pro. Apabila setiap misi diselesaikan melalui log masuk kali pertama, atau log masuk harian sebanyak 15 kali di aplikasi Celcom Life, pelanggan prabayar layak menerima ganjaran seperti internet percuma, kredit percuma, dan tempoh sah percuma. Pelanggan juga akan mendapat satu penyertaan bagi memenangi hadiah utama iPhone 12 Pro apabila mereka telah menyelesaikan 6 misi. 

Manakala bagi pelanggan pascabayar Celcom XP Lite dengan pas M atau L yang dinaiktaraf baru-baru ini boleh menikmatiFacebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat tanpa had secara percuma selain daripada YouTube tanpa had percuma yang sedia ada.

Bagi memastikan ahli keluarga dapat terus berhubung dengan peranti terkini di pasaran, Pelanggan pascabayar Celcom MEGA Family Lines kini boleh mempunyai fleksibiliti untuk memiliki telefon pintar 5G dan 4G terkini di samping menikmati pengalaman internet berkelajuan tinggi! Tawaran ‘Mix and Match’ Celcom menawarkan pelanggan dengan 2 pilihan telefon pintar daripada 14 model berlainan, termasuk sebuah  telefon pintar 5G seperti Realme 7, Huawei Nova7se, Oppo Reno5 dan Samsung A52 berserta sebuah telefon pintar 4G hanya pada RM188 sebulan! 

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata keselamatan dan kesihatan pelanggan pada masa ini terus menjadi keutamaan kami, dan kami ingin terus memastikan pelanggan dapat terus berhubung dengan orang yang dikasihi tanpa sebarang kerisauan tentang kuota internet ketika mereka berada di rumah. 

“Ketika pelanggan kami sedang bekerja dari rumah atau menghadkan pergerakan mereka dengan terus berada di rumah, kami menyediakan tawaran eksklusif dengan ciri Hotspot 88GB untuk pelanggan prabayar Celcom Xpax Truly Unlimited, membolehkan mereka berkongsi kuota yang besar tersebut bersama orang tersayang dan mencipta pengalaman digital yang indah bersama. 

“Selaras dengan aspirasi negara dalam menyediakan liputan 4G di seluruh negara pada 2021, pelan pascabayar Celcom MEGA menawarkan pelanggan dengan fleksibiliti ‘Mix and Match’ untuk memiliki telefon pintar 4G atau 5G dengan harga mampu milik, seterusnya membolehkan mereka menikmati pengalaman digital terbaik dengan rangkaian 4G terluas Celcom,” menurut Idham. 

Rangkaian 4G terluas Celcom disediakan dengan teknologi terkini seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan pelbagai teknologi canggih yang lain, meliputi lebih 11,000 tapak rangkaian, di mana lebih  9,000 daripadanya adalah tapak rangkaian LTE, dan ini membolehkan rangkaian Celcom mencapai 96% liputan populasi di 10 negeri seluruh negara. 

Bagi maklumat lanjut berkenaan tawaran terkini dan eksklusif daripada Celcom, pelanggan boleh melayari laman sesawang kami di www.celcom.com.my atau www.celcom.com.my/xpax, dan juga laman Facebook dan Twitter Celcom. 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version