in , , ,

Kisah Hubungan Hambar & Tiada Sefahaman, Syamel Terperangkap Dalam HALUSINASI

Setelah Setahun Menyepi, Penyanyi Bersuara Lantang Tanah Air Kembali Dengan Single Terbaharu Yang Lebih Menyengat

Penyanyi popular tanah air yang sentiasa tampil dengan imej ​gentleman dan bersuara lantang yang merupakan anak jati Kuala Lumpur, Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih terkenal dengan nama ​Syamel​, kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air setelah hampir setahun menyepi dengan single terbaharu yang lebih menyengat berjudul ‘​Halusinasi​’. Lagu ini yang ditulis oleh Syamel sendiri, turut mendapat sentuhan istimewa dari segi melodinya oleh komposer terkenal negara seperti Iqie Hugh dan Omar K, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

Syamel Terperangkap Dengan HALUSINASI

Bercerita mengenai lagu ‘​Halusinasi​’, beliau berkata, ​

Ia mengisahkan tentang sebuah hubungan sepasang kekasih yang telah hambar dan tiada persefahaman lagi.

“Jalan terakhir adalah untuk meninggalkan kisah cinta yang telah terkubur itu namun pasangannya seakan berhalusinasi untuk melepaskannya, dan dia akhirnya terperangkap dalam situasi tersebut.

– Syamel

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 yang sedang giat mengusahakan perniagaan Se-Table Cafe di Platinum Walk, Setapak, bersama tunangnya, Ernie Zakri, turut mengulas, ​

“Saya kini lebih banyak menghabiskan masa menguruskan perniagaan yang baru saya jalankan bersama Ernie.”

“Namun begitu, itu tidak bermakna saya akan meninggalkan bidang nyanyian kerana itu merupakan minat saya yang pertama.

– Syamel
Syamel Terperangkap Dengan HALUSINASI

Mengulas lanjut mengenai single terbaharunya, ​

“Genre yang saya bawakan kali ini agak berlainan kerana ia ada groove yang berbeza berbanding lagu-lagu ballad yang biasa saya bawakan sebelum ini.”

“Idea Halusinasi datang apabila komposer Iqie menghantar demo melodinya dan saya terus terpaku dan kami mengambil masa selama satu hari untuk melakukan proses rakaman.

“Saya juga akui bahawa proses rakaman tergendala seketika ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan dan sejurus tamat tempoh tersebut, kami meneruskan dengan kerja mixing dan penambahbaik.

“Menariknya tentang video muzik Halusinasi nanti, saya akan menari, dan jika penonton ingin lebih tahu, nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

“Setelah hampir satu tahun tanpa mengelurkan single terbaru, saya rasa kini merupakan masanya untuk saya kembali kerana sudah lama peminat saya tertunggu, saya juga harap semua pendengar akan terhibur dengan Halusinasi,dan terus kan menyokong kerjaya saya,”

– Syamel
Syamel Terperangkap Dengan HALUSINASI

Menurut Encik Feros,​ Ketua Label Muzik,​ Rocketfuel Entertainment,

”Lagu Halusinasi merupakan karya terbaru dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

Encik Feros

Lagu ‘​Halusinasi​’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ‘​Halusinasi​’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

Syamel Terperangkap Dengan HALUSINASI

Lirik Lagu HALUSINASI – SYAMEL

Tajuk Artis
Lirik Komposer

: Halusinasi
: Syamel
: Syamel, Iqie Hugh & Omar K : Syamel, Iqie Hugh & Omar K

Tak ku mengenal lagi arus waktu ini

Tak ku melihat lagi sinar janji mimpi

Aku terkubur
Dengan genggaman manismu

Yang mengkaburkan hasratku

(Chorus )

Lemas, lemas ku dalam tangisan ini

Tenggelam ku hanyut
Di dasar kedung pilu
Lenyap ditelan sembilu

Lepas, lepaskanlah jiwa yang terkunci

Bebaskanlah hati
Yang telah lama digari
Lemas, dalam halusinasimu

Takkan aku berhenti Rawat luka ini

Takkan aku berpaling Serahkanmu hati

Aku terkubur
Dengan genggaman manismu

Yang mengkaburkan hasratku

(Chorus )

Aku
Sesal memburu Lakaran janjimu Biarku sendiri

Lepaskanlah pergi

(Chorus )

Syamel Terperangkap Dengan HALUSINASI
Syamel Terperangkap Dengan HALUSINASI
Syamel Terperangkap Dengan HALUSINASI
Syamel Terperangkap Dengan HALUSINASI

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Dia Buat Dah,” Video Ain Edruce Cuba Menghayati Watak Dalam Tandas

Berhubung Dengan 88GB Hotspot Percuma & Kuota Internet 88Gb Percuma