in , ,

Nasi Kukus Anak Melayu Pertama di Bukit Bintang Lantik Jaafar Onn Jadi Duta

Selepas hampir empat tahun beroperasi, Restoran Nasi Kukus Tonggek (NKT) kini mencipta sejarah baharu apabila berjaya meluaskan rangkaian restoran di Bukit Bintang sekali gus menjadi anak Melayu pertama yang membuka restoran nasi kukus di lokasi tumpuan orang ramai.

Selaras dengan slogan Nasi Kukus Tonggek, iaitu Make Nasi Kukus Great Again dan sudah mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia, pengarah Nasi Kukus Tonggek Group Sdn Bhd, Muhammad Nur Aiman Basuni turut memasang impian untuk melebarkan sayap perniagaan ke negara seberang.

“Semua ada impian untuk meluaskan pasaran ke luar negara. Jika ada peluang itu, kita tidak menolak.

“Hari ini, impian untuk membuka cawangan Nasi Kukus Tonggek yang betul-betul berada di lokasi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara, iaitu di Bukit Bintang juga tercapai dengan bantuan Papa Jaafar Onn,” katanya yang sudah bekerjasama dengan selebriti veteran itu hampir setahun.

Nasi Kukus Anak Melayu Pertama di Bukit Bintang Melantik Jaafar Onn sebagai Duta

Aiman berkata demikian ketika ditemui pada perasmian cawangan Nasi Tonggek Kukus baharu, di Lot 10, Jalan Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir menemani iaitu isterinya, Siti Nabilah Mohamad Isa, selain kehadiran pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari menyokong usaha itu.

Pada program sama, NKT Group M Sdn Bhd turut melancarkan Sambal Tonggek, dengan wajah Papa Jaafar pada produk pembungkusan, dan boleh didapati di semua platform atas talian buat masa ini.

Sambal Tonggek mudah dibawa ketika melancong ke mana-mana kerana pek kecil mesra poket, malah kandungan belacannya adalah ramuan khas yang hanya terdapat di kilang belacan Indonesia.

Nasi Kukus Anak Melayu Pertama di Bukit Bintang Melantik Jaafar Onn sebagai Duta

Justeru, Muhammad Nur Aiman berkata dengan bantuan Papa Jaafar juga, Nasi Kukus Tonggek kini mempunyai jumlah mencecah 139,000 pengikut.

Sementara itu, Papa Jaafar berkata, dia sudi membantu pasangan anak muda itu berniaga di platform media sosial walaupun sudah bergelar usia emas.

“Baginya yang berpengalaman dalam seni rasa masakan, malah banyak melancong ke luar negara, beliau akui makanan Malaysia mempunyai rasa dan keunikan tersendiri kerana sentiasa menerima pandangan baik daripada orang luar.

“Kita ada cara kita menjual. Kita tolong Melayu sama Melayu tapi ikut saluran betul. Saya juga ingin bantu anak Melayu terus berjaya. Bukan wang ringgit yang saya kejar tapi saya ingin menyumbang sesuatu kepada orang ramai,” katanya.

Nasi Kukus Anak Melayu Pertama di Bukit Bintang Melantik Jaafar Onn sebagai Duta

Jaafar yang kini aktif mempromosikan restoran Nasi Kukus Tonggek di platform TikTok tidak pernah mengambil pusing dengan segala kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

“Saya tidak kekok untuk aktif dan buat ‘live’ di media sosial. Walaupun orang cakap macam-macam, saya terima seadanya.

“Kalau ada orang kata jangan buat ‘live’ kerana usia sudah lanjut, saya tidak peduli. Apa yang saya buat adalah kerja saya.

“Kalau ada orang kecam sekalipun, bagi saya, hanya satu peratus sahaja. Ada juga netizen suruh saya berehat sahaja. Namun, dalam hidup ini, ada masa untuk kita berehat dan mencari duit.

“Kalau sentiasa berehat, siapa pula mahu beri kita duit?” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berat Badan Turun & Alami Gangguan Pelik, Sherry Ibrahim Disihir?

Mursyid Alharamain Raih Kemenangan Isu TV Al-Hijrah di Mahkamah