in , ,

Berani Betul! Abu Syafiq Buka Balik Kisah Lama Antara Dia Dan Najib Razak

Beraninya! Najib Razak Ungkit Kena Sound Abu Syafiq, Sekali Abu Syafiq Buka Rahsia dan Ungkit Kisah Lama!

Sebelum ini, penceramah Amin Idris mendedahkan Ustaz Abu Syafiq telah menghubungi beliau dan menyaman beliau. Kontroversi di antara Abu Syafiq dan Amin Idris berlanjutan sehingga didakwa kes ini bakal dibawa mahkamah. Nampaknya hari ni Abu Syafiq ada ‘saingan’ baru. Ini terjadi apabila Najib Razak memuat naik semula video Abu Syafiq pernah menyindir beliau satu ketika dulu.

Tidak berdiam diri, Abu Syafiq pantas memuat naik kenyataan balas dan mengungkit kembali kisah dia pernah menyokong Datuk Seri Najib ketika dulu.

Ustaz Abu atau juga terkenal dengan nama yang kurang sedap didengar, Ustaz Kacang sebelum ini telah memuat naik satu video mendakwa bahawa slogan yang sering digunakan oleh Ahli Parlimen pekan ‘malu apa bossku’ itu adalah merupakan satu slogan yang haram.

“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?

“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.

“Tiba-tiba kau ajar ‘malu apa bossku’ dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,”

– Abu Syafiq

Sebenarnya, perkataan slanga ‘bossku’ didakwa berasal dari Sabah. Ia bermaksud ‘kawanku’. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab. Malahan juga digunakan kepada orang yang tidak dikenali bagi menggambarkan kemesraan.

Sementara sebutan ‘malu apa bossku’ mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut ‘bosku’ dan disambut oleh Najib dengan menyebut, ‘Malu apa bosku’.

abu syafiq najib

Menurut pemuda itu, asal usul sebutan ‘malu apa’ adalah bermula dari seorang kawannya yang tiada duit. Beliau secara spontan berkata ‘malu apa bossku’ yang bermaksud tidak perlu malu walaupun duit sedikit asalkan melakukan sesuatu yang halal.

Maka secara umumnya, maksud sebutan ‘malu apa bossku’ adalah tidak perlu malu melakukan sesuatu asalkan ia adalah perkara yang betul dan halal.

Ia bukanlah bermaksud mengajak masyarakat menjadi tidak malu seperti yang didakwa oleh Ustaz Kacang tersebut.

Posting Najib tentang Abu Syafiq:

“Cerita 18 Feb 2019 ini. Dulu, saya juga terkena sounding dengan dia. ‘Malu apa bossku’ haram.”

– Najib Razak
abu syafiq najib

1- Saya Ustaz Abu Syafiq mengucapkan ribuan terima kasih buat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak kerana masih ingatkan saya dan teguran umum saya sehinggakan DSN memuatkan video saya dalam facebook beliau. Alhamdulillah.

2- Ya, dari segi pemikiran politik individual sejak akhir sebelum PRU-14 saya memang agak berbeza dengan DSN. PM-8 sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pun berbeza dengan DSN bukan? Maka sememangnya ada saling kritik mengritik di situ. Tiada masaalah asalkan ia dalam kerangka ilmiah dan hujjah.

3- Namun ada cerita antara saya dan DSN ini sebelum perbezaan idea politik tersebut. Pada 2012 DSN difitnah hebat berkaitan isu pembunuhan Altantbya. Ketika itu berlakunya pertemuan antara ulama pondok dengan DSN di Masjid Bukit Antarabangsa. Saya bersama Agamawan Negara Al-Marhum Dato Uthman El-Muhammady hadir tanda menyokong kepimpinan DSN ketika itu sebagai PM dan menolak fitnah. Saya langsung tidak menjadikan isu hangat yang dikaitkan antara Altantuya dan DS Najib ketika itu sebagai bahan menghentam DSN bahkan saya sehingga kini langsung tidak percaya DSN membvnuh atau arahkan bunuh AlTantuya.

Benar, hal lain ada saya kritik namun saya tidak pernah fitnah DSN pun.

4- DS seharusnya tahu bahawa Baginda Nabi pernah bersabda: “Malu itu adalah dari Iman”. Riwayat Al-Bukhari. Kerana itulah saya menegur slogan berbunyi Malu Apa Bossku yang ketika itu digunakan juga oleh kanak-kanak yang ditangkap kerana merokok dan apabila cikgu bertanya mengapa kamu merokok mereka menjawab Malu Apa Bossku! Ia dijadikan satu slogan yang kurang baik berbanding baiknya yang dianggap wujud padahal kurang baik bercanggah dengan hadith Nabi tadi.

5- Di akhir ini saya nasihatkan DSN ada baiknya juga DSN memuatkan satu lagi video kritikan ke atas DSN serta persoalan pedas TS Muhyiddin Yassin keatas DSN ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri bawah DSN tika itu berkaitan 1MDB. Beliau kritik DSN dan sound kaw-kaw ke atas DS Najib secara terang-terangan. Beliau kini PM ke atas DSN dan PM keatas saya. Sila ingat-ingatkan semula video TSMY tu ye!

Wassalam.

– Abu Syafiq

Seorang pendakwah bebas menempelak penggunaan perkataan “Malu apa bossku” – sensasi Internet yang diperkenalkan bekas perdana menteri Najib Razak.

“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?

“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.

“Tiba-tiba kau ajar ‘malu apa bossku’ dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,”

– Abu Syafiq

Bahkan tindakan Ustaz Kacanag tersebut memfitnah Najib dengan tuduhan yang masih tidak dibuktikan lagi di mahkamah adalah amat dikesalkan kerana ia datang dari mulut seorang yang memegang status ‘ustaz’.

Bukankah setiap tuduhan itu perlu disertakan dengan pembuktian?

Dia berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.

Dalam video itu, Abu Syafiq bagaimanapun tidak menyebut nama Najib secara khusus. Dalam video 56 saat itu, Abu Syafiq juga meminta pihak yang “membawa perkataan itu” supaya bertaubat.

Najib

Dalam status berasingan dia turut menghuraikan lanjut isu itu, termasuk memetik hadis Nabi Muhammad.

Kali ini dia memberikan rujukan jelas kepada Najib dengan memuatkan lakaran gambar Najib menaiki motosikal, yang sering digunakan dalam kempen Najib.

Tidak berdiam diri, Abu Syafiq mahu Najib mengingat kembali di mana dia pernah menyokong Najib ketika beliau difitnah dahulu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Siar Tiga Telemovie Khas Hari Pekerja

Soalan Lazim Bank Negara Malaysia Mengenai Kemudahan Moratorium