in , , ,

Bella Astillah Ada Bukti Video Kecurangan Aliff Aziz

Pelakon baru, Oktovia Manrose menjelaskan hubungannya bersama penyanyi Aliff Aziz hanya sekadar kawan.

Selepas isteri Aliff, Bella Astillah memuat naik bukti yang mendakwa Aliff ke kelab malam bersama dirinya, Oktovia mempertahankan diri dengan menulis kenyataan di ruangan Instagram Stories miliknya.

Bella Astillah Pula Ada Bukti Video Kecurangan Aliff Aziz

Namun begitu, Bella mengakui dia mempunyai bukti yang cukup membabitkan kecurangan suaminya bersama Oktovia.

Menerusi entri di Instagram Bella, dia mendedahkan dirinya mempunyai video yang menunjukkan Aliff bersikap curang bersama Oktovia ketika berada di sebuah kelab malam yang terletak di Changkat, Bukit Bintang.

“Sebagai kawan? Aduhh. Dah terang lagi bersuluh. Dah-dahlah tu jaga je Aliff dengan anak awak.

“Keluar sebagai kawan pukul 3 pagi? You tahu itu suami orang? You tahu kat rumah dia ada anak bini dah seminggu tak balik?

“Boleh pula you dengan tak ada rasa bersalah keluar pergi club? Serious lah? Orang DM tu tak mabuk pun.

“I tak bodoh nak keluarkan statement. I ada bukti yang terlebih cukup. I ada video. Ada 3 video,” tulisnya menerusi gambar yang dikongsikan.

Bella Astillah Pula Ada Bukti Video Kecurangan Aliff Aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mesej Tak Dilayan, Janna Nick Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Sheila Rusly

“Saya Sedang Berbincang Dengan Keluarga Tentang Hal Ini”- Aliff Aziz