in , , , ,

“Saya Sedang Berbincang Dengan Keluarga Tentang Hal Ini”- Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz memohon diberi ruang mengenai berita kecurangannya dengan pelakon wanita, Oktovia Manrose seperti yang didakwa isterinya, Bella Astillah di Instagram.

Menerusi laporan Harian Metro, Aliff Aziz kini sedang berbincang dengan keluarganya sebelum memberi apa-apa kenyataan.

“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa.

“Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,”

– Aliff Aziz

Terdahulu, Bella mendedahkan suaminya berkelakuan pelik selepas bergandingan dengan Oktovia dalam sebuah drama yang kini sudah selesai penggambarannya.

Bella Astillah Pula Ada Bukti Video Kecurangan Aliff Aziz

Dakwaan Aliff dikatakan curang bukanlah kali pertama. Sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan pelakon, Afifah Nasir yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama.

Perkara itu diketahui isterinya, Bella selepas mereka ‘kantoi’ menerusi kamera litar tertutup dari sebuah pusat karaoke pada 2017.

Namun, berita itu reda selepas Aliff dan Afifah membuat sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bella Astillah Ada Bukti Video Kecurangan Aliff Aziz

“Saya Sudah Tawar Hati,” – Bella Astillah