in , ,

Bell Tak Marah Netizen Pertikai Anne Jadi Timbalan Pengerusi GiatMARA

Pelakon, Anne Ngasri sebelum ini berkongsi detik-detik membanggakan dalam hidupnya yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA.

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat kecaman netizen yang mempertikai kelayakannya dilantik sebagai jawatan tinggi dalam GiatMARA.

Susulan itu, abang kepada Anne iaitu Bell Ngasri tampil mempertahankan adiknya dan menasihatkan agar terus kuat menempuhi ujian sebagai anak seni.

Bell bagaimanapun tidak menyalahkan netizen kerana mempertikai pencapaian adiknya kerana itulah cabaran untuk menjadi seorang yang hebat di masa akan datang.

Menurut netizen, Anne Ngasri tidak sesuai memegang jawatan Timbalan Pengerusi GiatMARA dan merasakan ramai lagi orang lain yang lebih layak darinya.


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YONNYBOII

Yonnyboii Lancar Album Penuh Berjudul PERSONA Pada 7 Oktober Ini

Ryan Bakery & Adam Bakery Bukan Peserta Tempelan dalam Famili Duo 3