in ,

Anne Ngasri Alami Tanda-Tanda Hamil?

Semalam, kenduri kesyukuran sempena meraikan kemenangan lagu Yuna Terukir Di Bintang di AJL27 berlangsung dengan meriahnya. Sungguh cepat berlalu, dan hari ini Yuna akan terbang semula ke Amerika Syarikat untuk meneruskan perjuangannya yang belum selesai.

Yuna Aizat

[dropcap]B[/dropcap]udiey bukan sengaja nak letak gambar mug merah kat atas ni. Tapi semua tetamu yang dijemput dan hadir ke majlis diberi cenderamata berupa mug merah ini. Siap ditandatangani oleh Yuna dan Aizat sekali. Inilah yang dinamakan fenomena mug merah. Jika anda masih ingat, Aizat menggunakan mug merah ini sebagai prop di mana beliau dengan sempoinya memegang mug ini semasa menyanyikan lagu Terukir di Bintang.

Kalau lihat dari jauh, mug merah ini mirip dengan mug dalam iklan Nescafe tapi sebenarnya bukan. Bentuknya lain sikit.

[dropcap]S[/dropcap]ementara itu, semalam Budiey ada terbaca gossip yang mengatakan pelakon drama popular, Anne Ngasri kini mengalami tanda-tanda hamil. Wah, kalau betul Anne Ngasri mengandung kiranya dia bunting pelamin la ni sebab kalau tak silap dah sebulan Anne Ngasri berkawin dengan Mohd Sumali Reduan.

Menurut Anne Ngasri, dia kini sering mengalami rasa mual dan loya. Namun, pengacara program SIS ini masih belum membuat pemeriksaan bagi mengesahkan keadaannya sama ada berbadan dua atau tidak. Haa, kena buat pemeriksaan cepat-cepat la ya. Biar doktor yang mengesahkan sendiri.

[pullquote align=”right”]Semoga adalah tu rezeki pasangan ini untuk menimang cahaya mata. Insyaallah.[/pullquote]

Dalam pada itu, suami Anne Ngasri, Mohd Sumali kini dah pun ada Instagram. Budiey tengok Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia ini dah mulai aktif ambik gambar dan upload dalam Instagram miliknya. Baguslah kalau macam tu. Budiey pun ada follow gak IG pasangan ini. Budiey tengok kat dalam Instagram ni, bukan main bahagia lagi Anne Ngasri dan Budiey rasa beliau tak silap buat pilihan dalam memilih pasangan hidupnya. Kita doakan pasangan ini terus bahagia.

Anne Ngasri Sumali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

21 Selebriti Bergabung Dalam Cabaran 21 Hari Listerine

Yuna Anggap Isu Uji Rashid Digugurkan dari AJL27 Telah Selesai