in , ,

Berjayakah Zamani Mengenal Pasti Penyanyi Sebenar Di Minggu 6?

Episod minggu lalu mencatatkan kejayaan buat Ella dan Misha Omar apabila mereka berjaya meneka siapa penyanyi sebenar dalam kalangan peserta.

Untuk episod kali ini, kami bawakan artis “legend” yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air iaitu Zamani. Beliau yang dikenali sebagai penyanyi pop rock popular Malaysia ini, turut mempersembahkan lagu-lagu hits beliau yang sehingga kini masih menjadi pujaan ramai.

Artis Jemputan -Zamani

Masih mengekalkan panel tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Janna Nick dan Andi Bernadee, kali ini mereka ditemani panel-panel jemputan iaitu Ropie, Hazama dan Black. Jika dilihat pada pengalaman mereka di bidang nyanyian, sudah tentu sahaja Hazama dan Black mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, tidak sukar untuk mereka menilai para peserta. 

NnhvV1BM

Namun, adakah kelebihan itu dapat membantu mereka dalam I Can See Your Voice Malaysia? Berlatarbelakangkan sebagai seorang pelakon komedi dan sentiasa berbuat jenaka di kaca TV, adakah pendapat Ropie akan diambil serius ketika mengulas tentang enam orang peserta ini nanti ? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5, minggu ini !

bmTVrhOk

I Can See Your Voice Malaysia 5 dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

10 Tarikan Pelancongan Menyeronokkan Di Selangor Untuk Anak Anda!

Beli HONOR Magic4 Pro & Ini Hadiah Percuma Yang Ada Akan Dapat