in , ,

Bapa 3 Orang Anak Ditahan Seludup Daun Ketum, Dipercayai Guna Duit i-Sinar

Salah guna wang pengeluaran i-Sinar sekali lagi berlaku apabila seorang lelaki menggunakan duit tersebut untuk menyewa sebuah lori bagi menyeludup daun ketum.

Tindakan lelaki itu walaubagaimanapun membawa padah apabila dia ditahan polis pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan jam 12.45 tengah malam.

Bapa 3 Orang Anak Ditahan Seludup Daun Ketum, Dipercayai Guna Duit i-Sinar

“Hasil pemeriksaan dalam lori itu menemui 80 karung plastik yang mengandungi daun ketum.

“Lelaki itu dipercayai menyewa lori berkenaan dengan harga RM2,500 sebulan menggunakan wang pengeluaran i-Sinar yang diperolehinya.

“Suspek dipercayai diupah oleh seorang lelaki lain untuk membawa daun ketum itu dari Padang Terap, Kuala Nerang ke Seremban, Negeri Sembilan dengan bayaran RM2,000 untuk satu trip perjalanan,”

– Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah

Tambahnya, suspek sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu melakukan kegiatan itu seorang diri.

“Nilai keseluruhan daun ketum yang dirampas adalah sebanyak RM22,000.

“Suspek yang berasal dari Sungai Petani ditahan untuk membantu siasatan dan direman empat hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,”

– Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah

Sumber : Astro Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

JAIS Sahkan Sajat Didakwa Berpakaian Wanita & Menyebabkan Agama Islam Dipandang Hina

Bayaran BPN 2.0 Kategori B40 Bermula Hari Ini, M40 Mulai 25 Januari